Berang Barisan Dipotong. Seorang Pemandu Teksi Langgar Teksi Lain.

| July 19, 2021 | 0 Comments

Berang Barisan Dipotong. Seorang Pemandu Teksi Langgar Teksi Lain. | Gara-gara berang barisan dipotong, seorang pemandu teksi nekad melanggar beberapa buah teksi lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Menurut satu hantaran yang tular di laman sosial Facebook, pemandu itu dikatakan bergaduh dengan seorang pemandu teksi sebelum memasuki kenderaannya dan melanggar sebuah teksi.

Sejurus keluar dari teksinya, dia pitam seketika sebelum bangun semula dan melanggar beberapa buah teksi lain.

Menurut pengguna Facebook, Ahmad Zahir, tekanan perasaan yang dihadapi pemandu berkenaan menyebabkan dia mengambil tindakan tersebut.

“Sudahlah kehilangan pelanggan akibat Covid-19, barisan pula kena potong dengan teksi lain. Akhirnya dia hilang kawalan diri,” katanya.

Sementara itu, Aishah Zaharudin berkata, lelaki tersebut mungkin mengalami kemurungan dan tertekan setelah dipotong barisan oleh pemandu teksi lain.

“Kepada pemandu teksi, janganlah potong barisan. Dalam keadaan pandemik macam sekarang ini, memang senang orang naik darah,” katanya.

“Kalau nak disalahkan Covid-19, pemandu teksi lain pun tak adalah sampai hilang kawalan diri macam pemandu itu,” ujar Zaini Zahir pula .

Sumber : KOsmo

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *