Lelaki “Drakula” Hisap Darah Kanak-Kanak Sebelum Membunuh.

| July 19, 2021 | 0 Comments

Lelaki “Drakula” Hisap Darah Kanak-Kanak Sebelum Membunuh. | NAIROBI, KENYA – Polis Kenya memberkas lelaki ‘drakula’ yang dilaporkan menghisap darah kanak-kanak sebelum membunuh mereka dalam siri pembunuhan kejam sebelum ini, lapor akhbar New York Post baru-baru ini.

Masten Milimo Wanjala, 20, ditahan Rabu lepas kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan dua kanak-kanak yang mana mayat mereka ditemui di sebuah kawasan hutan dekat Nairobi.

Selepas disoal siasat, Wanjala mengaku dia juga bertanggungjawab terhadap pembunuhan sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak dan remaja lain.

“Dalam pengakuan demi pengakuan yang didedahkan, suspek menceritakan secara terperinci bagaimana dia menghisap darah semua mangsa menggunakan rahang giginya sebelum membunuh mereka,” kata Direktorat Siasatan Jenayah Kenya pada laman Twitter.

Sementara itu, menurut polis, Wanjala menyasarkan kanak-kanak dan remaja berusia antara 12 hingga 13 tahun sebagai mangsanya.

Dia juga dikatakan memberi dadah kepada mangsa sama ada dalam bentuk serbuk atau cecair sebelum menghisap darah seterusnya membunuh mereka.

“Suspek melakukan jenayah itu secara bersendirian menggunakan cara amat kejam, ada kalanya dia menghisap darah daripada urat sebelum membunuh mereka,” kata polis.

Kegiatan tidak berperikemanusiaan Wanjala bermula lima tahun lalu selepas dia menculik seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun.

Dia yang tidak berasa menyesal atas perbuatannya itu mengaku merasa seronok membunuh mangsa-mangsanya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *