Berbuka Dan Moreh Di Masjid Dibenarkan Di Kedah Pada Ramadhan Ini | Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia dan amat dinanti-nantikan oleh umat islam dunia. Namun sejak berlakunya pandemik yang melanda dunia sejak setahun yang lalu, telah banyak aktiviti kebiasaan yang dilakukan pada bulan yang penuh barakah itu tidak dapat untuk dilaksanakan.

Berbuka Dan Moreh Di Masjid Dibenarkan Di Kedah Pada Ramadhan Ini

Kedah telahpun membenarkan aktiviti berbuka puasa dan moreh di masjid dilaksanakan seperti sebelumnya pada ramadhan tahun ini.  Namun Prosedur Operasi Standard (SOP) haruslah dipatuhi oleh orang ramai yang hadir. Malahan Prosedur Operasi Standard yang ketat akan dilaksanakan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEIK) iaitu Muhd Yusri Md Daud berkata. Bahawa pihaknya akan mengeluarkan garis panduan yang perlu pengunjung patuhi pada keesokan harinya. Panduan ini akan diguna pakai di semua masjid termasuk masjid yang berada di dalam kawasan zon merah.

Katanya kita tidak boleh untuk melakukan sama seperti mana di Arab Saudi, hal ini kerana banyak kelonggaran diberikan namun SOP yang ketat masih dikekalkan. Jawatankuasa masjid perlu memastikan setiap pengunjung yang datang me masjid untuk menyertai aktiviti itu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Kebenaran untuk melaksanakan aktiviti berbuka puasa dan moreh di masjid boleh ditarik semula. Ini akan berlaku sekiranya mereka menerima aduan berkaitan pelanggaran SOP oleh orang ramai. Terutamanya bagi masjid yang berada di dalam kawasan zon merah.

Bagaimanapun, beliau iaitu Encik Muhd Yusri Md Daud berkata. Bahawa pihaknya lebih menggalakkan jamuan tersebut dijalankan dengan kaedah makanan yang dibungkus. Pengunjung yang ingin berbuka puasa boleh datang untuk mengambil makanan secara percuma dan menjamu selera di kediaman masing-masing. Ini adalah untuk mengelakkan penyebaran virus COVID-19 daripada terus berlaku.

Sumber : Berita Harian

Share.

Leave A Reply