Pengumuman Terkini PM Sementara Ini Buat Ramai Gembira |Individu-individu yang telah lengkap menerima dos vaksin COVID-19 dibenarkan untuk makan di restoran secara ‘dine-in’ bermula Jumaat esok.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran tersebut tertakluk bagi negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta fasa seterusnya.
“Saya ingin menyarankan kepada pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik.
“Risiko penyebaran virus COVID-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
“Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat,” tambahnya.
Selain itu, aktiviti ‘dine-in’ di restoran atau kafe di premis club house juga adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran ‘dine-in’, di mana sijil digital vaksinasi tersebut wajib ditunjukkan.
Kebenaran tersebut adalah termasuk dalam beberapa kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu lengkap dos vaksinasi seperti yang diumumkan hari ini.
Sumber : Muhyiddin Yassin