Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terjatuh dari balkoni sebuah bangunan di Turki sebelum sempat diselamatkan oleh orang awam.

Berpantang Maut Sebelum Ajal...Kanak-Kanak Setahun JATUH Balkoni

Kanak-kanak itu terjatuh dengan keadaan jatuh kepala dahulu sebelum diselamatkan seorang lelaki yang berada di situ, lapor Kosmo Online semalam.

Video kejadian kanak-kanak jatuh itu dirakam di bandar Amasya, utara Turki.

Difahamkan, mangsa dilihat melantun di atas bahagian belakang seorang pembeli yang berada di hadapan sebuah kedai sebelum jatuh ke atas lantai.

Ketika kejadian, pembeli itu, Ruhi Asci sedang meninjau dari luar tingkap sebuah kedai.

Tiba-tiba, mangsa, Khatira Amiri tergelincir melalui pagar balkoni dan terkena bahunya.

Menurut laporan The Sun, Ruhi yang kelihatan terkejut kemudian berpaling dan mendapati bayi Khatira terjatuh di atas lantai konkrit berhampiran dengannya.

Berpantang Maut Sebelum Ajal...Kanak-Kanak Setahun JATUH Balkoni

Katanya, pada mulanya, dia menyangka pasu bunga yang jatuh menimpa dirinya namun apabila dia menoleh, dia menyedari ia adalah seorang kanak-kanak.

Kanak-kanak itu terjatuh di atas belakangnya terlebih dahulu, sebelum jatuh ke atas lantai.

Tambah Ruhi, dia melihat sedikit darah mulai keluar dari mulut dan giginya.

Ketika dia cuba memeriksa, ibu kanak-kanak berkenaan berlari keluar dalam keadaan panik.

Kemudian kedua-duanya bergegas membawa Khatira ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.

Media tempatan melaporkan bahawa kanak-kanak lelaki itu bermain di balkoni pangsapuri di tingkat satu apabila dia tergelincir melalui pagar.

Laporan mengatakan bahawa anak kecil itu kini berada dalam keadaan stabil bersama ibunya.

Tidak jelas sama ada pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat kejadian itu atau sebaliknya.

Sumber: Sirap Limau

Share.

Leave A Reply