Bila Kawan Eksiden, Kita Bersungguh Tolong… Tapi Akhirnya Aku Kecewa.
“After bini dia cakap macam tu, aku jadi spechless sikit. Yelah orang dah tolong kot, patut say tq or syukur dengan bantuan.”
Seorang lelaki berkongsi kisah benar tentang pengalaman pahitnya membantu seorang rakan yang terlibat dalam kemalangan. Apabila niat murni menghulurkan bantuan kewangan akhirnya berakhir dengan rasa terkilan dan kecewa.
Apa yang sepatutnya menjadi kisah solidariti sesama insan, bertukar menjadi pengajaran tentang keikhlasan dan penghargaan. Jom baca kisah ini.
Kisah ni jadi kat sorang member aku rider *******. Dia baru join jadi rider tu dalam 2 bulan kalau tak silap aku. Then 1 day tu, dia excident dekat hiway near TBS( Aku lupa nama hiway tu) sebab kena himpit dengan lori.
Salah dia juga sebab menyelit dekat lane paling kiri. So, alhamdulillah nyawa masih panjang cuma patah tangan kiri dan kaki kiri kanan je. Dan ada sedikit ‘tatoo’ dekat belakang badan dan buntut.
FYI, member aku ni buat job tepi dengan customer tu so data pickup drop off semua memang takda dalam apps rider ******. Jadi kalau nak claim dengan company pun memang tak dapat langsung. Ibarat excident sia-sia laa lebih kurang macam tu.
Jadi aku sebagai kawan, rasa simpati laa sebab dia jobless dalam 4 bulan, then baru nak kerja dah jadi macam ni. Aku just fikirkan macam mana die nk cari duit beli pampers n susu anak je masa tu. Sebab kalau dari keadaan dia excident tu makan masa 6 bulan lebih untuk pulih.

KUTIPAN SUMBANGAN
So, aku pun mula laa cubaan ringan kan beban dengan buat kutip sumbangan dalam group rider dalam fb. Dan alhamdulillah ramai rider yang membantu tak kira bangsa dan agama.
Ada jugak yang hulurkan bantuan dari segi keperluan barang dapur dan keperluan untuk anak. Aku kutip sumbangan tu 3 hari je dan dapat derma lebih kurang dalam Rm4000 lebih macam tu.
Dan yang salurkan bantuan keperluan dapur, semua direct terus dekat aku sebab agak privacy untuk bagi alamat rumah member tiba-tiba dekat orang lain.
Lepas settle semua sumbangan, aku tukarkan jadi cash supaya senang nak pass dekat wife dia. And apa yang aku terkilan lepas aku bagi duit, wife dia boleh cakap “ 5k je bantuan? Mana cukup na beli ubat2 semua”.
Total pungutan dapat dalam 4.6k mcm tu so aku sendiri genapkan jadi 5k topup duit sendiri. After bini dia cakap macam tu, aku jadi spechless sikit. Yelah orang dah tolong kot, patut say tq or syukur dengan bantuan. Ni lagi kau complain sampai macam tu sekali pulak.

SELEPAS 3 BULAN
After 3month, aku pun pergi laa ziarah member aku ni kat rumah mak die. Yela, nak tau condition hidup lagi ke tak, sebab senyap je (gurau2). Masa jumpa tu memang susut gila badan dia. Maybe sebab takda selera makan, so aku tak kisah sangat laa sebab normal, janji kau hidup lagi bro.
Then, aku open cerita dekat dia yang aku ada buat kutipan sikit untuk dia haritu, dan semua aku dah pass dekat wife. Belum sempat aku sambung, dia mencelah tiba-tiba cakap “dapat 4k je ke ?? Gaji aku keje dulu lagi banyak dari tu “.
Time ni aku dah timbul rasa menyesal dan tak ikhlas tolong kau. Aku tolong buat benda ni sebab nak bantu ringankan beban kawan. Tapi kawan tak nampak pun benda tu. Kepaa jimbit betul.
Disebabkan jadi benda macam ni, aku mula amalkan sikap pergi mampos. Bukan suruh mati, tapi aku malas nak ambil tahu beriya sangat pasal orang luar. Sebab at the end, orang tak hargai apa yang kau buat.

Sumber : Threads @vtalang




