Siapa Ustazah Marhamah Rosli? Ini Profil Timbalan Menteri Agama Yang Baharu Dilantik.
“Marhamah Rosli adalah seorang tokoh yang dikenal ramai sebagai ustazah, penceramah agama dan aktivis sosial”
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat perubahan kabinet barunya dalam kerajaan sebentar tadi. Pengumuman itu menyaksikan salah satu nama yang dilantik adalah Ustazah Marhamah Rosli sebagai timbalan Menteri Agama yang baru.
Marhamah Rosli adalah seorang tokoh yang dikenal ramai sebagai ustazah, penceramah agama dan aktivis sosial sebelum terlibat secara rasmi dalam politik pentadbiran kerajaan. Beliau aktif dalam aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan pendidikan Islam yang memberi tumpuan kepada pengajian Al-Quran serta program kebajikan di kalangan komuniti Muslim.
Beliau juga dikenali menerusi penglibatan bersama Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah, sebuah organisasi bukan kerajaan yang menjalankan pelbagai program pendidikan, kelas mengaji, kebajikan dan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, termasuk kanak-kanak asnaf dan keluarga yang memerlukan.
Selain itu, Marhamah sering muncul sebagai penceramah dalam program seminar, kuliah tadabbur Al-Quran dan motivasi Islam di seluruh Malaysia, serta aktif berkongsi mesej agama melalui platform media sosial dan rancangan TV/IG.
Siapa Ustazah Marhamah Rosli? Berikut merupakan portfolio beliau:-
- Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah.
- Penceramah Bebas dengan Tauliah Mengajar Agama dan Al-Quran Negeri Sabah
- Penceramah Tetap Seminar Motivasi Al-Quran SOUL TO SOUL
- Pengasas Jenama Soul to Soul & Mahabbah Muslimah
- Pengasas Sekolah Anak-Anak Asnaf – Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah
Anugerah dicapai:
-
Anugerah Wanita Inspirasi 2024:
-
Anugerah Pembangunan Modal Insan 2024
-
Ikon Wanita Motivasi & Inspirasi 2023 (Daerah Tawau)
-
Dalam sejarah pendidikan, beliau merupakan pemegang Ijazah Undang-undang dari Universiti islam antarbangsa Malaysia (UIAM).
Selian itu berikut merupakan aktiviti sosial yang pernah dibuat:-
- Pengasas Pengajian Agama & Akademik, Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah
(Putatan)- Pengurus Pusat Pengajian Fardhu Ain & Fardhu Kifayah, Akademi Bayu Raudhah
(Putatan)- Pengasas Kelas 4M, Pondok Nur Iman Baqiah, Kg Simpang Mengayau (Kudat)
- Pengasas Kelas KAFA Muallaf Dewasa, Surau Ar-Raudhah, Kg Pata-Tuhau (Kudat)
Sumber : Bayu Raudhah




