Bintang TikTok Dan Teman Wanita Mati Ditembak Ketika Menghadiri Tayangan Perdana “The Purge” | Seorang bintang tiktoker dunia, Anthony Barajas dilaporkan meninggal dunia selepas dia serta teman wanitanya dikatakan ditembak mati ketika menghadiri tayangan perdana sebuah filem bergenre seram, aksi dystopian yang dikenali sebagai “The Purge Forever”, di pusat membeli-belah Crossings, Corona, baru-baru ini.

Bintang TikTok Dan Teman Wanita Mati Ditembak Ketika Menghadiri Tayangan Perdana "The Purge"

Bintang TikTok Dan Teman Wanita Mati Ditembak Ketika Menghadiri Tayangan Perdana "The Purge"

Tiktoker berusia 19 tahun bersama teman wanitanya, Rylee Goodrich, 18, telah ditembak oleh seorang lelaki dalam satu kejadian tembak menembak di pusat membeli-belah tersebut sebelum pihak polis dikatakan menerima panggilan kecemasan dari orang awam kira-kira pada jam 11.45 malam.

Goodrich dikatakan mati ditempat kejadian akibat luka parah akibat terkena tembakan manakala Barajas mengalami cedera parah dan telah dibawa ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan susulan namun dilaporkan dia telah meninggal ketika dalam perjalanan sebelum menerima rawatan.

Menurut jurucakap polis Corona, suspek dikenali sebagai Joseph Jimenez, 20, berjaya diberkas pihak polis selepas mereka melakukan pemeriksaan di kediaman suspek sehingga menemukan selaras senjata api dipercayai senjata yang sama digunakan bagi melakukan penembakan terhadap kedua-dua mangsa terbabit.

Tambahnya lagi, kejadian penembakan tersebut telah diklasifikasikan sebagai ‘serangan tanpa provokasi’ selepas suspek dikatakan tidak mempunyai motif yang jelas sewaktu disoal siasat oleh pihak polis.

Suspek kini didakwa atas tuduhan membunuh, cubaan membunuh, merompak serta ditahan dengan jaminan  berjumlah $ 2 Juta. Namun dilaporkan pihak polis dikatakan sedang melakukan kerjasama bersama pihak peguam daerah bagi menambah jumlah pertuduhan untuk dikenakan kepada Jimenez selepas dia dilaporkan hanya disabitkan atas jenayah pembunuhan tahap pertama, jelas pihak polis.

Barajas dan Goodrich dikatakan sedang menonton tayangan filem “The Forever Purge” kira-kira pada jam 9:35 malam bersama-sama sebelum mereka dilaporkan telah diserang oleh suspek sehingga terkena tembakan yang mengakibatkan kematian mereka.

Menurut jurucakap polis Corona, mereka kini sedang meminta saksi yang berada di tempat kejadian sama ada di dalam teater, di teater lain, atau di pusat membeli-belah untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan pihak polis keatas kejadian yang berlaku.

Sumber: BuzzFeed.News

Share.

Leave A Reply