Bola Sepak. Pemain Batuk Dengan Sengaja Akan Dikenakan Kad Merah. | Pemain akan dilayangkan kad merah seterusnya diperintah keluar padang jika batuk dengan sengaja di hadapan pemain lain atau pegawai perlawanan menurut penggubal syarat bola sepak dan Persatuan Bolasepak Inggeris (FA).
FA menggariskan panduan baharu buat pegawai perlawanan dan akan berkuat kuasa serta merta.
Peraturan baharu itu menyatakan pengadil perlu melayangkan kad merah kepada pemain sekiranya jelas mereka batuk di hadapan pemain lain.
Batuk dengan sengaja dilihat sebagai perbuatan yang sama seperti serangan fizikal.
Pengadil bagaimanapun tidak bertanggungjawab untuk memastikan pemain mengamalkan penjarakan sosial ketika meraikan jaringan.
Mereka juga tidak boleh menghukum pemain kerana meludah – perbuatan yang sudah diharamkan di bawah protokol FA sebaik saingan bersambung Jun lalu.
Namun pengadil boleh mengingatkan pemain-pemain supaya tidak melakukannya.
Sementara itu, empat individu dipenjara awal tahun ini kerana batuk di hadapan pekerja barisan hadapan dan mendakwa mereka menghidap Covid-19 di Manchester.
Sumber : Mymetro