Buat Majlis Konvo Di Rumah. Ini Komen Tuan Badan. | Kekecewaan bakal graduan ini berikutan penangguhan istiadat konvokesyen akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit terubat apabila ibu dan adik-beradiknya mengadakan ‘majlis’ itu khusus untuknya di rumah.

Penuntut Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Logistik) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sharifah Syahirah Syed Mustafar mengakui ‘majlis konvokesyen’ ringkas itu cukup istimewa buat dirinya, walaupun sekadar lakonan.

Kisah Sharifah Syahirah itu turut tular di laman sosial selepas adiknya, Syed Ahmad Nabeel, 19, memuat naik video berkenaan di Twitter.

Video berdurasi 35 saat itu menarik perhatian warganet kerana aksi bersahaja Sharifah Syahirah mengambil skrol daripada ibunya, Sapiah Ibrahim, 56, yang melakonkan watak sebagai Naib Canselor.

Manakala, kakaknya, Sharifah Sakinah,27 menjadi pengacara majlis dibantu Sharifah Fathiah, 28, yang mengendalikan sistem siar raya (PA System) dan adiknya, Syed Ahmad Nabeel, sebagai jurukamera sementara Syed Ahmad Thaqif, 18, selaku juruvideo.

Bercerita lanjut, Sharifah Syahirah berkata, ‘majlis konvokesyen’ di rumah itu tidak dirancang sebaliknya mereka sekeluarga hanya bercadang mengambil gambar bersama.

“Istiadat konvokesyen itu sepatutnya berlangsung pada Ahad lalu (29 Mac) di UiTM Shah Alam tetapi ditangguhkan kerana PKP. Ikutkan hati memang kecewa kerana bersemangat untuk menghadirinya, selain sudah membeli tudung, pakaian dan kasut baharu.

“Akan tetapi, saya akur dengan keputusan pihak universiti dan bagi mengubati kekecewaan, kami sekeluarga berkumpul dengan perancangan asal adalah mengambil bersama saja.

“Namun, lain pula jadinya apabila kakak saya dengan spontan mencadangkan kami kami semua berlakon kononnya seperti berada di majlis konvokesyen sebenar,” katanya.

Sumber : MyMetro

Share.

Leave A Reply