Suami Bakar Isteri Dalam Lori. Ini Puncanya.

| April 1, 2020 | 0 Comments

Suami Bakar Isteri Dalam Lori. Ini Puncanya. | Tercabar akibat kerap dimarahi isteri dengan kata kesat, seorang suami di Kalimantan Timur, Indonesia membakar kejam wanita itu.

Memetik portal Kompas, suspek, Machrizal Pahlevi, 42, membakar isterinya, Eviana Ros, 30, di dalam lori yang diparkir di Jalan Manunggal, di sini.

Difahamkan, kedua-duanya bertengkar dalam lori berwarna kuning yang berakhir tragedi itu.

Suspek ditahan polis Balikpapan ketika bersembunyi tidak jauh dari lokasi kejadian.

Dakwa suspek, isterinya kerap memarahinya tanpa sebab hingga kadangkala mengeluarkan kata kesat.

Ketua Polis Balikpapan Selatan, Harun mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut dilakukan.

Katanya, pihaknya menjangkakan pembakaran itu dirancang suspek lebih awal berdasarkan kelengkapan yang disediakan.

“Suspek mendakwa tidak sengaja melakukan perbuatan itu, tetapi wujud kecurigaan apabila ada botol berisi bahan bakar minyak dengan penutupnya terbuka.

“Kejadian ini seperti dirancang, apatah lagi lelaki ini sengaja membakar rokok dengan pemetik api ketika pertengkaran itu,” katanya.

Harun berkata, pihaknya memperhalusi siasatan berikutan tidak yakin dengan keterangan suspek.

Katanya, ini adalah perkahwinan kedua bagi suspek dan mangsa.

Mereka masing-masing memiliki tiga anak hasil perkongsian hidup dengan bekas pasangan hidup terdahulu.

Sumber : Mymetro

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *