Buaya Jantan Sepanjang 5 Meter Ditemukan Mati

| June 9, 2021 | 0 Comments

Buaya Jantan Sepanjang 5 Meter Ditemukan Mati | Penduduk Kampung Teluk Peribu, Bagan Serai dikejutkan lagi dengan penemuan seekor buaya jantan sepanjang lima meter (15 kaki) seberat kira-kira 400 kilogram, ditemukan mati terapung oleh penduduk kampung di sungai, di sini, baru-baru ini.

Buaya Jantan Sepanjang 5 Meter Ditemukan Mati

Menurut Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Sharif, buaya jantan terbabit ditemui terapung sekitar jam 4 petang selepas dia dikatakan telah mati beberapa hari yang lalu sebelum ditemukan oleh warga kampung berikutan ia ditemukan dalam keadaan sudah mereput dan giginya juga telah luruh dan percaya ia mati kerana faktor usianya yang tua.

Tambahnya lagi, bangkai buaya tersebut telah ditarik naik ke daratan dengan menggunakan traktor penduduk setempat, setelah cubaan menarik mengunakan kenderaan gagal kerana berat haiwan tersebut. Jelasnya lagi, mereka telah menanam bangkai haiwan itu pada malam tadi bagi mengelakkan pencemaran.

Mohamad Norlishazany Rosli, 24 memberi pandangan bahawa pada mulanya dia menyangkakan objek besar yang dilihatnya terapung dan tersangkut pada tumbuhan air itu merupakan pohon kayu yang hanyut namun selepas diamati barulah disedari ia seekor buaya dan terus menghubungi rakannya untuk pergi melihatnya menggunakan sampan secara dekat.

Jelasnya lagi, didapati ia sudah mati lalu apabila mereka sampai di situ, tanpa melengahkan masa, dia mengambil tali untuk mengikat bangkai buaya berkenaan untuk menariknya ke tepi tebing sungai.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *