Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Seorang ibu merayu orang ramai mengesan anaknya yang menghilangkan diri dari rumah sejak semalam.

Nur Safiyyah Mohd Syukri, 12, disedari hilang oleh ahli keluarga pada jam 7 malam selepas mendapati pintu di rumah di Kampung Parit Tok Hin, Kuala Kurau, di sini, terbuka.

Selain itu, ibunya, Misiah Sahar, 35, berkata, ahli keluarga ada menghubungi anak ketiga daripada lima beradik itu namun panggilan tidak dijawab.

“Kami sekeluarga tak tahu dia ke mana. Ada panggilan telefon daripada orang awam yang mengatakan kelibat anak ada di sekitar sini saja, ada juga yang memaklumkan dia akan pulang tak lama lagi.

“Kami cuba menghubungi telefon bimbit yang dibawanya. Pada awalnya panggilan dapat dibuat beberapa kali tapi tidak berjawab.

“Namun selepas itu panggilan disekat termasuk di WhatsApp,” katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, anaknya dipercayai keluar dari rumah dengan membawa dua beg termasuk beg pakaian serta duit dianggarkan RM200.

Misiah berkata, tidak berlaku sebarang perselisihan faham antara Nur Safiyyah dengan ahli keluarga lain termasuk dia dan suami.

Menurutnya lagi, dia dan suami pergi ke balai polis berhampiran bagi memaklumkan kejadian. Namun laporan hanya boleh dibuat selepas 24 jam kehilangannya.

“Pada jam 8 malam ini, kami akan buat laporan dan saya mohon jasa baik pihak yang mungkin mempunyai maklumat atau mengetahui di mana anak saya berada supaya menghubungi kami atau memaklumkan pada balai polis berhampiran,” katanya.

Kehilangan Nur Safiyyah turut dikongsi di laman sosial yang turut memaparkan nombor telefon Misiah iaitu 017- 483 9569.

Menjengah komen di laman Facebook, ramai orang mendoakan supaya urusan pencarian dipermudahkan. Namun terdapat juga netizen mengatakan kepada Saffiyah untuk segera pulang ke pangkuan keluarga.

Diharapkan netizen dapat memberikan kerjasama dalam mencari Saffiyah kepada ahli keluarga mangsa jika mendapat sebarang maklumat tentang Saffiyah.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply