Budak 7 Tahun MAUT Tertusuk Meja Lepas Lompat Dari Sofa | Siapa sangka, seorang budak lelaki boleh maut selepas dada tertusuk serpihan kaca ketika bermain. Berita lanjut ada di bawah.

Seorang budak lelaki berusia 7 tahun maut selepas dada tertusuk serpihan kaca ketika bermain di rumahnya dekat Kampung Bukit Changgang, Banting, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata kejadian itu berlaku pada jam 4 petang.

“Semasa kejadian berlaku mangsa dikatakan sedang bermain sendirian, manakala ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah.

“Ibu bapa kanak-kanak itu mendakwa, mangsa melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca di hadapan sofa.

“Kejadian mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Komen Netizen

1. Ezd Airaniez
Innalillahiwainnailallahirajiun. Takziah. As Interior Designer, saya memang tak galakkan client beli coffee table material kaca. Beli perabot yang selamat untuk kanak-kanak, takde bucu tajam & tak mudah pecah. Selain tu pastikan ada jarak antara perabot sekurang2nya 750mm untuk seorang jalan. Semoga ahli keluarga tabah atas kemalangan ini.

2. Linn Aazeen
Sbb tu tak suka ada meja or apa2 perabot berkaca.. Bukan kata budak.. Kita yg tua ni klu terlanggar pun boleh pecah

3. Umi Zainurrina
Innalillahiwainnailaihirajiun..ada anak kecik ni baik simpan dulu barang2 yg boleh mendatangkan kecederaan.

4. Aman Yatie
“Ibu bapa kanak-kanak itu mendakwa, mangsa melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca di hadapan sofa.
Al fatihah 😓

Kredit : BH

Share.

Leave A Reply