Perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rosmalina Roslan, menceritakan kisah sedih seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
Dia yang membantu ayahnya menjual cendawan demi kelangsungan hidup mengundang sebak wargamaya.
Menurut wanita ini, kanak-kanak itu datang ke rumahnya bagi menjual cendawan tiram.
Malah, pada mulanya dia akui tidak terdetik untuk membeli barangan tersebut.
Bagaimanapun, kanak-kanak ini seolah-olah tidak berputus asa dan memberikan salam dengan harapan cendawan yang dibawanya akan dibeli.
“Saya buka pagar dan tengok air muka, Ya Allah. Kesiannya tanya dah makan belum, katanya belum.
“Saya tanya nak makan tak? Dia kata nak, saya pelawa masuk dan ajak makan kuetiau goreng (masak untuk sarapan pagi tadi). Alhamdulillah habis.
“Saya sempat tanya dia masa makan. Tinggal mana? Ayah dan mak ada tak? Ayah kerja apa? Sekolah ke tak?” kata wanita itu.
Susulan diajukan soalan itu, kanak-kanak ini menceritakan dia tinggal di Cahaya Baru, Johor dan bapanya bekerja di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Dia yang masih bersekolah darjah 6 memberitahu terpaksa ponteng sekolah demi mencari rezeki.
Apabila ditanya tentang ibu, kanak-kanak ini memberitahu ibunya menetap di Pahang dan hanya akan balik seminggu sekali.
“Adik-adik pun ada lagi, seorang darjah 5 jual cendawan juga tapi kawasan lain. Dia sekolah lagi, darjah 6.
“Allahuakbar umur lebih kurang anak saya je ni, tapi dah berkorban tolong keluarga,” kata wanita itu.
Menurutnya, mungkin Allah sedang menguji keluarga ini, tapi dalam tak sedar Allah turut mengujinya.
Katanya lagi, kadang Allah mahu menguji kita melalui orang lain.
Dalam pada itu, wanita ini turut mendoakan supaya kanak-kanak ini terus dimurahkan rezeki serta meminta orang ramai untuk membeli cendawan yang dijual.
Sumber: Oh Bulan