Sindrom Werewolf merupakan keadaan pertumbuhan bulu yang berlebihan secara luar biasa pada bahagian tubuh seseorang individu.
Penyakit ini juga jarang ditemui dalam kalangan masyarakat dan hanya terjadi kira-kira satu dalam 1 billion orang.
Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Rabiatul Adawiyah telah memuat naik sebuah video.
Video itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menghidap penyakit Sindrom Werewolf ini.
“Semoga Allah memberi ku umur yang panjang supaya boleh melihat awak mmbesar dengan sihat.
“InshaAllah, ada hikmah ada sebab mengapa Allah temukan kita sayang.
“Jangan pernah merasakan orang membencimu kerana aunty ada untuk kamu,” luah Rabiatul dalam video tersebut.
Difahamkan, Rabiatul merupakan rakan kepada ibu Misclyen yang sentiasa melawat dan bermain dengan bayi tersebut.
Menurut Rabiatul, dia berharap dipanjangkan usia kerana mahu melihat anak kecil ini membesar seperti individu lain meskipun Misclyen seorang anak yang unik.
Menerusi video yang dikongsikan, Baby Misclyen dipercayai berasal dari Sarawak.
Misclyen dijaga dengan baik oleh ibu dan ayahnya.
Rata-rata netizen tersentuh melihat senyuman yang terukir di wajah anak kecil ini sewaktu videonya dirakam.
Netizen turut meminta Rabiatul menyimpan video tersebut kerana ianya boleh dijadikan kenangan buat Misclyen ketika dewasa nanti.
Tambah netizen, Misclyen perlu kuat dan sedar bahawa ramai yang menyayangi dirinya.
Setakat ini video yang dimuat naik itu telah menerima lebih 22 juta tontonan dan 1.9 juta tanda suka.
Sumber: Oh Bulan