Budak perempuan trauma, selepas dicampak bapa saudara sendiri | Tengah makan tengahari di tempat yang best kat Perlis ni, tiba-tiba terbaca berita ini. Sedih juga. Budak perempuan berusia dua tahun yang ditemui terjatuh selepas dipercayai dicampak bapa saudaranya dari tingkat satu di sebuah blok di Flat Nusantara, Sungai Pinang, di sini petang semalam, kini dilaporkan berada dalam keadaan trauma.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, adik kanak-kanak tersebut yang berusia sebulan dikatakan turut dihempas ke lantai rumah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi Kosmo! hari ini, telah mengesahkan kejadian berlaku dan memberitahu, pihaknya menerima laporan terbabit pada pukul 9 malam tadi.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berlaku dan setakat ini pihaknya belum mengambil keterangan daripada suspek.

“Mangsa (kanak-kanak perempuan) sedang trauma dan suspek sedang menerima rawatan di hospital termasuk dua kanak-kanak tersebut.

“Kita akan siasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan satu kenyataan akhbar berkaitan kes tersebut akan dikeluarkan nanti,” katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya, di sini.

Mengulas mengenai tahap kesihatan yang dialami suspek, beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan termasuk menunggu laporan penuh kejadian itu.

Mendengar dentuman kuat

Sementara itu, hasil temubual dengan seorang penduduk berhampiran mengatakan, mereka sebelum itu terdengar bunyi bising dari atas kediaman berkenaan disusuli dentuman kuat di atas bumbung.

“Saya terus keluar dan terkejut melihat seorang budak kecil berumur dua tahun ada atas bumbung lalu jatuh ke bawah. Mulutnya berdarah, mungkin rahang patah.

“Keluarganya terus bawa ke hospital. Adiknya berusia tiga minggu pula dikatakan dibaling ke lantai dan tak sempat dicampak ke bawah sebab dihalang orang yang ada di situ,” kata penduduk tersebut.

Dakwa penduduk lagi, sebelum kejadian berlaku, suspek bertindak mencederakan pergelangan tangannya dan dia dikatakan mengalami masalah kesihatan sejak beberapa minggu lalu. Suspek disifatkan seorang yang baik dalam kalangan jiran dan rakan.

Sumber: Kosmo

 

BACA JUGA ARTIKEL INI

KEJAM. Bapa Saudara Tetak Kepala Bayi Perempuan Sampai Mati. | Kuala Selangor: Tragedi menyayat hati apabila seorang bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia akibat ditetak bapa saudaranya susulan pergaduhan yang berlaku antara ahli keluarga.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari tadi di sebuah rumah terletak di Kampung Parit Mahang, Jeram di sini.

Menurutnya, berlaku pertengkaran antara penghuni kediaman itu yang didakwa membabitkan adik beradik.

“Bagaimanapun pergaduhan itu berjaya dileraikan seorang ahli keluarga yang datang ke rumah berkenaan selepas menerima panggilan telefon.

“Suspek berusia 20-an dikatakan keluar dari rumah berkenaan. Namun tidak lama kemudian suspek memasuki sebuah lagi rumah berhampiran dihuni adik iparnya.

“Dia kemudian menggunakan parang panjang untuk menyerang adik iparnya itu. Bagaimanapun parang panjang yang dilibas itu sebaliknya mengenai kepala bayi berusia setahun,” katanya.

Menurutnya, suspek sekali lagi cuba menetak adik iparnya itu namun berjaya ditahan ahli keluarga.

“Susulan itu mereka segera menghubungi polis sebelum penjenayah itu dapat ditahan tidak lama kemudian. Tidak dapat dipastikan sama ada penjenayah itu terbabit dengan aktiviti dadah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa yang dihubungi mengesahkan kejadian itu. Beliau menyatakan kepada pemberita yang polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes bunuh berkenaan

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook memaklumkan bayi berkenaan dipercayai ditetak oleh bapa saudaranya.

Bagaimanapun, status berkenaan dipadam tidak lama kemudian dan mendapati seorang pemilik akaun Facebook memohon maaf di atas kenyataan yang dimuat naik.

Sumber : Metro

 

Share.

Leave A Reply