Bunga Berbau ‘Bangkai’ Dapat Sambutan Warga San Francisco | Penemuan bunga aneh di California, Amerika Syarikat (AS) telah mendapat sambutan ramai selepas dikatakan warga San Francisco di Bay Area sanggup beratur panjang bagi menghidu bunga yang mempunyai bau seperti bangkai berdekatan pekarangan stesen minyak terbiar, di sini, baru-baru ini.
Menurut laporan AP menerusi Awani, pengunjung telah beramai-ramai datang ke stesen berkenaan bagi merasai pengalaman menghidu bau tanaman unik iaitu ‘bunga bangkai’ atau nama saintifiknya dikenali sebagai ‘amorphophallus titanum‘.
Idea tersebut telah dicetuskan oleh seorang pemilik nurseri tanaman, Solomon Levya selepas dia dilaporkan telah meletakan tanaman itu di situ apabila melihat bunga beraroma bangkai itu mempunyai tarikan ramai.
Levya dikatakan telah memuat naik gambar ‘bunga bangkai’ terbabit di media sosial sebelum ia dikatakan telah menerima respond dari ramai warga net yang berminat mengenai bunga terbabit. Setelah itu, dia telah mendapat idea untuk membawa keluar tanaman itu dan mempamerkannya di kawasan stesen minyak terbiar.
Jelasnya, dia telah membawa tanaman tersebut menaiki kereta dengan bantuan rakannya bagi mengangkat dan meletaknya di kawasan terbiar namun tidak menyangka ia telah mendapat sambutan ramai dek kerana gambar yang dimuatnaik olehnya.
Dia yang teruja melihat bunga yang diletakknya itu mendapat sambutan ramai, dia mengambil keputusan untuk tunggu di tempat terbabit bersama kerusi lipatnya bagi menjawab segala pertanyaan mengenai bunga bangkai terbabit dari para pengunjung.
Pengunjung rata-ratanya berpuas hati selepas mereka dapat merasai pengalaman menghidu sendiri pokok terbabit kerana menurut mereka, sewaktu pameran di San Francisco sebelum ini, pokok tersebut telah dipamerkan pada jarak yang agak jauh.
Sumber: Astro Awani