Cara Check No Telefon Scammer Online – PDRM ‘Semak Mule’ | Orang ramai khususnya pengguna dalam talian dinasihatkan menggunakan portal dan aplikasi ‘Semak Mule’ bagi memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan sindiket penipuan. Adalah penting untuk semak scammer (nombor telefon, nombor akaun) apabila melakukan pembayaran transaksi secara dalam talian.
CARA CHECK SAMMER ONLINE (SEMAK MULE PDRM)
Khalifah Media Network – Sejak kebelakangan ini, banyak laporan polis yang diterima tentang kes penipuan online melibatkan pelbagai jenis perniagaan, seperti jual beli barang online, pelaburan yang kononnya dapat hasil berkali ganda dalam masa yang singkat.
Pada masa kini, terdapat banyak cara si penjenayah atau scammer menipu pembeli dengan banyak modus operandi dan boleh jadi setiap hari ada sahaja rakyat Malaysia yang menjadi mangsa mereka.
Sebagai pengguna, kita harus bijak untuk kenal pasti ciri – ciri scammer melalui kaedah berikut:
- Menyemak nombor telefon scammer
- Menyemak nombor akaun scammer
Sistem CCID PDRM
Kebiasaannya, scammer akan menggunakan nombor telefon yang sama (atau bebrapa nombor telefon) bagi menjalankan penipuan mereka.
Adalah sukar untuk penjenayah ini daftar banyak nombor telefon kerana setiap pedaftaran nombor telefon perlu guna kad pengenalan untuk mereka aktif nombor telefon mereka.
Pihak PDRM punyai pangkalan data nombor telefon dan nombor akaun yang wujud berdasarkan info – info dari laporan yang diterima oleh mangsa – mangsa scam secara online ini dalam portal CCID mereka.
CCID adalah singkatan kepada Commercial Crime Investigation Department atau Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial.
Berikut dikongsi cara untuk check scammer online melalui portal ini.
Cara Check Scammer Online Melalui Semakan Nombor Telefon
Portal CCID ini boleh diakses melalui pautan berikut bagi tujuan untuk semak scammer.
- Layari portal CCID di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/
- Pilih kategori Nombor Telefon
- Masukkan nombor telefon yang ingin disemak
- Masukkan Captcha seperti dalam gambar yang diberi untuk tujuan pengesahan
- Klik “Semak Maklumat”
- Maklumat berikut akan dipaparkan:
- “Tiada Laporan Diperolehi” – Sekiranya nombor telefon yang ditulis di ruangan itu tidak ada dalam pangkalan data PDRM
- Sekiranya nombor telefon tersebut pernah dilapor, laporan tentang nombor ini akan dipaparkan.
Jika nombor telefon itu pernah dilapor, ia akan tertera di laman web seperti dalam gambar di bawah:
Nota: Walaupun nombor yang ditulis di ruangan itu tidak ada dalam sistem CCID, anda tetap perlu waspada kerana scammer mungkin telah guna nombor telefon baru.
Cara Check Nombor Akaun Scammer
- Layari portal CCID di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/
- Pilih kategori Akaun Bank
- Masukkan Nombor Akaun Bank yang ingin disemak
- Masukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan
- Klik “Semak Maklumat”
- Maklumat berikut akan dipaparkan:
- “Tiada Laporan Diperolehi” – Sekiranya nombor Akaun Bank yang ditulis di ruang kosong itu tidak ada dalam pangkalan data PDRM
- Sekiranya nombor Akaun Bank ini pernah dilapor, laporan tentang nombor ini akan terpapar.
Nota: Walaupun nombor Akaun Bank yang diberi tidak ada dalam sistem CCID, anda tetap perlu waspada kerana scammer mungkin telah menggunakan nombor akaun orang lain sebagai gantian bagi menerima duit anda.
Aplikasi CCID
Sekiranya anda kerap membuat transaksi secara online, anda boleh memuat turun aplikasi CCID secara percuma melalui pautan di bawah:
- Google Play – Untuk Android
NATIONAL SCAM RESPONSE CENTER (NSRC)
NSRC adalah pusat panggilan yang wujud bagi membantu sekat aliran wang mangsa penipuan siber.
Talian ke NSRC di talian 997 dibuka bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari.
NSRC adalah Kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Institusi Perbankan dan Syarikat Perkhidmatan Telekomunikasi.
Oleh itu, orang ramai dinasihat agar terus peka dan waspada dengan helah scammer. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa scammer.
Sumber: e Central