Cara Hindari Berat Badan Naik Ketika Bercuti | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ketika bercuti, kita mesti nampak semua makanan yang dijual menarik. Tak kisah la ke mana sahaja kita pergi, kita mesti nak mencuba setiap makanan dari negara orang. Tapi bila dah mencuba macam-macam makanan, mula la risau pasal berat badan naik. Terutama kaum wanita. Hello Doktor ada mengeluarkan artikal bagaimana cara untuk mengelakkan berat badan naik ketika bercuti.

1.Ikut cara anda

Jangan teragak-agak untuk menghindari makanan berminyak yang menggunakan banyak bahan tambahan. Sebaliknya, pilih hidangan makanan yang rendah kandungan garam, lemak dan karbohidrat.

2. Gula tersembunyi

Bukan hanya pemanis mulut sahaja yang tinggi kandungan gula, salad dan sayuran juga boleh mengandungi gula yang tinggi. Sebagai contoh, 1 sudu madu bersamaan dengan 4 ½ sudu teh gula, dan 1 cawan buahan bersama air gula pekat bersamaan 12 ½ sudu teh gula.

Jadi anda mungkin perlu elakkan bahan seperti ini di dalam makanan anda. Pilih salad yang dicampuri dengan minyak zaitun atau cuka.

3. Muat turun aplikasi

Dengan perkembangan teknologi masa kini, ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk mencari aplikasi yang dapat membantu mengawal kesihatan anda. Muat turun aplikasi yang dapat mengawal kandungan karbohidrat, kalori dan insulin yang diambil.

4. Kekal dengan jadual

Semasa bercuti, kita cenderung untuk makan dengan banyak dan melangkau makan untuk mengurangkan pengambilan kalori dan gula. Ia merupakan satu kesilapan kerana tidak makan pada waktunya boleh membuatkan diri anda kelaparan dan akibatnya, anda akan makan dengan lebih banyak pada waktu makan berikutnya. Cuba untuk makan secara normal, dan lakukan senaman.

5. Sayuran

Cuba untuk makan lebih banyak hidangan sayuran, seperti sup sayuran atau salad. Elakkan mengambil makanan yang anda tidak mahu atau tidak perlukan.

6. Alkohol

Kawal pengambilan alkohol. Jangan minum secara berlebihan kerana ia boleh mendatangkan gangguan kepada keadaan kesihatan anda, terutama jika anda perlu memakan ubatan.

7. Hidangan sihat

Jika pergi melawat ke rumah rakan atau ahli keluarga, bawa satu atau dua hidangan makanan yang anda masak sendiri sebagai tanda beradab. Pilih hidangan yang rendah kalori dan gula tetapi masih sedap dan lazat. Pelbagai resepi sihat dan lazat boleh didapati di internet.

8. Kekal aktif

Semasa bercuti, sukar untuk meluangkan masa selama 45 minit atau sejam untuk melakukan senaman harian anda. Pecahkan masa bersenam anda kepada 15-20 minit setiap sesi dan ulangi 3-4 kali sehari untuk membolehkan anda dapat meluangkan masa bersama keluarga tetapi masih tetap bersenam.

9. Saiz kecil

Mungkin agak pelik, tetapi ia mendatangkan impak luar jangkaan. Jika anda meletakkan hidangan makanan anda dalam pinggan yang besar, anda akan cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan. Sekaligus menyebabkan anda terlebih makan.

10. Beradab

Makan dengan beradab; kunyah secara perlahan. Ia akan membantu otak untuk memberi isyarat untuk berhenti makan apabila perut terasa penuh.

 

Sumber: helloDoktor

Share.

Leave A Reply