Cikgu² Dan Murid² Buat Tukang Cuci Lelaki Ini Menangis. Puncanya Buat Ramai TERHARU.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Bekerja di sekolah rendah sememangnya bukan mudah, apatah lagi apabila seseorang itu bekerja sebagai tukang cuci. Mana tidaknya, kanak-kanak yang berada di sekolah rendah terkenal dengan kenakalan mereka dan juga sampah-sarap yang dilakukan oleh mereka.

Cikgu² Dan Murid² Buat Tukang Cuci Lelaki Ini Menangis. Puncanya Buat Ramai TERHARU.

Namun, jika bukan kerana perkhidmatan yang diberikan oleh Eugene Hinton, mungkin Sekolah Rendah Moody di Moody, Alabama ini akan dipenuhi dengan sampah-sarap di merata-rata tempat.

Cikgu² Dan Murid² Buat Tukang Cuci Lelaki Ini Menangis. Puncanya Buat Ramai TERHARU.

Bersempena dengan sambutan Hari Tukang Cuci Kebangsaan pada 2 Oktober, seorang guru darjah tiga, Andrea Orr telah memanggil Eugene untuk datang dan mencuci ‘sedikit kekotoran’ yang dilakukan oleh murid di sebuah dewan di sekolah itu. Dengan penuh rasa tanggungjawab, Eugene segera pergi ke arah dewan itu dan bersedia dengan mop lantai dan botol bahan pencuci.

Namun, tanpa diketahui olehnya, beratus-ratus pelajar sebenarnya sedang menanti kemunculannya di dalam dewan itu untuk memberi penghargaan kepadanya. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam dewan, kesemua pelajar menjerit secara serentak:

“Kejutan!”

Seperti yang anda boleh bayangkan, Eugene benar-benar terkejut dan dia terpaksa mengambil satu saat untuk menenangkan diri!

Cikgu² Dan Murid² Buat Tukang Cuci Lelaki Ini Menangis. Puncanya Buat Ramai TERHARU.

Kejutan ini dilakukan demi menghargai semua jasa yang pernah diberikan oleh “Encik Eugene” kesayangan para pelajar ini. Dia sememangnya adalah seorang lelaki yang ramah dan sopan terhadap semua kakitangan sekolah dan begitu akrab dengan semua pelajar sehingga mendapat gelaran “adiwira” daripada para pelajar.

Pada hari istimewanya itu, para pelajar memberikannya hadiah dan kad, disamping turut membuat sepanduk yang tertulis, “Terima kasih, Encik Eugene, kerana sentiasa memberi bantuan,” yang dihiasi dengan banyak corak tangan kecil. Comel sekali!

Cikgu² Dan Murid² Buat Tukang Cuci Lelaki Ini Menangis. Puncanya Buat Ramai TERHARU.

Rakaman saat yang membuatkan semua orang terharu ini telah dirakam oleh Andrea yang berada di samping Eugene sejak mula dia meminta bantuan Eugene untuk tujuan kejutan tersebut. Menjadi seorang tukang cuci sememangnya satu tugasan yang bukan mudah, tetapi apabila anda mendapat penghargaan atas semua khidmat bakti yang telah dilakukan, kami pasti hal ini bukan suatu perkara yang biasa.

Cikgu² Dan Murid² Buat Tukang Cuci Lelaki Ini Menangis. Puncanya Buat Ramai TERHARU.

Seperti perasaan Eugene tentang kejutan ini, “Saya tidak menjangka perkara ini akan berlaku sama sekali.”

Tonton rakaman yang paling manis dalam video di bawah ini dan kongsikan dengan kami jika anda bersetuju bahawa ini adalah satu kejutan yang membuatkan anda sungguh terharu!

https://www.facebook.com/100008795740514/videos/1930567987246374/

 

Sumber: Inspire MoreAndrea Orr/Facebook

Share.

Leave A Reply