Jika anda seorang pelajar yang aktif dalam sukan dan aktiviti lain, dan anda juga telah melakukan latihan industri atau kerja sambilan semasa belajar di universiti, bagai mana anda sebut kan semua pengalaman ini dalam Surat Permohonan Kerja atau cover letter yang pendek ketika memohon kerja?

Cover Letter

Surat Permohonan Pekerjaan atau lebih dikenali sebagai cover letter adalah dokumen yang memberi lebih banyak info tentang skills dan pengalaman anda. Ia biasa nya dihantar bersama -sama dengan resume semasa memohon kerja. Cover letter berfungsi sebagai ‘sales pitch’, di mana anda memberi tahu majikan yang berpotensi mengapa anda sesuai untuk pekerjaan itu. Adalah penting untuk menulis cover letter yang baik dapat menarik perhatian majikan, walau pun anda tidak mempunyai banyak pengalaman kerja sebagai seorang fresh graduate. Dalam artikel ini, kami akan memberi kepada anda petua dan contoh bagai mana menulis cover letter dalam untuk menarik perhatian majikan.

Tips Penting Menulis Cover Letter

Berikut adalah petua untuk menulis cover letter apabila anda memohon kerja :

  • Sebagai fresh graduate, anda boleh mulakan dengan mengatakan siapa anda dan di institusi mana anda menamatkan pengajian.
  • Perlu untuk anda menjelaskan bagai mana anda tahu tentang jawatan kosong itu. Jangan ulangi perkara yang sama yang sudah ada di resume anda. Sebaliknya, bercakap tentang bagai mana anda boleh memberi sumbang kepada syarikat jika mereka ambil anda.
  • Sekiranya anda mempunyai pengalaman kerja atau kemahiran sebelum nya yang ada kaitan dengan kerja, boleh juga letak.
  • Anda tidak perlu bercakap tentang gaji yang anda mahu dalam cover letter.
  • Gunakan kata -kata mudah serta senang difahami dan pastikan untuk check ejaan dan tata bahasa.
  • Dan yang paling penting, jangan putar belit tentang apa -apa dalam cover letter. Cover letter adalah penting kerana ia memberi lebih banyak info tentang kemahiran dan pengalaman anda kepada majikan yang anda ada potensi. Ia seperti ‘sales pitch’ untuk meyakinkan mereka untuk ambil anda untuk bekerja. Walaupun anda tidak banyak pengalaman kerja, anda masih boleh menulis cover letter yang baik untuk menarik perhatian majikan.

Contoh Format Untuk Menulis Cover Letter

Tajuk: Permohonan Jawatan [Nama Jawatan]

[Alamat Anda]
[Tarikh]

[Alamat Majikan]
[Perhatian: Nama Penerima]

Salam Sejahtera,

Saya, [Nama Anda], ingin memohon jawatan [Nama Jawatan] yang ter dapat di dalam syarikat [Nama Syarikat]. Saya tertarik dengan syarikat ini kerana potensi nya yang kukuh dalam [nyatakan industri], serta komitmen syarikat kepada inovasi dan kualiti.

Latar pendidikan saya adalah dalam [Nyatakan Tahap Pendidikan Anda] dan pengalaman kerja selama [Nyatakan Jangka Masa Pengalaman Kerja Anda] dalam bidang [Nyatakan Bidang Pengalaman Kerja]. Kebolehan saya dalam [Nyatakan Keahlian atau Kemahiran Utama Anda] telah memberi saya kemahiran yang diperlukan untuk menyumbang kepada pertumbuhan syarikat ini.

Selain itu, saya sangat memahami tentang penting nya [Nyatakan Bidang atau Aspek Khusus yang Ditekankan oleh Syarikat] dalam industri ini, dan saya yakin bahawa kebolehan saya dalam [Nyatakan Keahlian atau Kemahiran Anda yang Berkaitan] akan menjadi nilai tambah kepada syarikat ini.

Berikut adalah pencapaian saya yang mungkin menarik perhatian Anda:

1. [Nyatakan Pencapaian atau Projek Pertama]
2. [Nyatakan Pencapaian atau Projek Kedua]
3. [Nyatakan Pencapaian atau Projek Ketiga]

Dengan kemahiran yang saya ada dalam [Nyatakan Kemahiran yang Relevan] saya yakin serta tekad untuk terus belajar dan berkembang dapat mem bantu pihak tuan / puan dalam industry. Saya harap dapat memberi jasa yang positif kepada [Nama Syarikat] dan menjadi sebahagian dari pasukan yang dinamik.

Saya sedia untuk hadir kan diri untuk sesi temu duga pada bila bila masa yang sesuai. Terima kasih kerana ambil maklum kepada permohonan saya. Saya harap dapat peluang untuk ber khidmat di dalam syarikat yang potensi ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[Nama Anda]
[No. Telefon]
[Alamat Emel]

 


Lain lain artikel yang menarik dari kami :

Contoh Resume Untuk Permohonan Internship

Contoh Surat Pengesahan Pendapatan

Share.

Leave A Reply