Contoh Surat Aduan Gangguan Buli di Sekolah [Khalifah Media Networks].

Surat aduan gangguan buli di sekolah adalah surat rasmi yang ditulis oleh pelajar, ibu bapa, atau penjaga untuk melaporkan kes buli yang berlaku di sekolah. Buli boleh berlaku dalam banyak cara, seperti pukulan, ejekan, atau ancaman, dan ia adalah masalah serius yang perlu diatasi dengan cepat. Surat ini sangat penting kerana ia memberikan butiran tentang kejadian buli dan meminta pihak sekolah untuk memberi tindakan yang sesuai untuk melindungi pelajar itu. Artikel ini juga termasuk contoh surat aduan tentang gangguan buli di sekolah.

 

surat gangguan buli di sekolah

MENGAPA SURAT ADUAN PENTING

  1. Meningkatkan Kesedaran:Surat aduan membantu pihak sekolah menyedari masalah buli yang mungkin mereka tidak tahu. Ini membolehkan mereka mengambil tindakan yang perlu.
  2. Mendorong Tindakan:Dengan adanya aduan rasmi, pihak sekolah akan lebih cenderung untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengatasi masalah buli.
  3. Melindungi Pelajar:Aduan ini untuk melindungi pelajar dari gangguan dan memastikan mereka dapat belajar dalam persekitaran yang selamat.
  4. Mewujudkan Suasana Positif:Dengan menangani isu buli, pihak sekolah dapat mewujudkan suasana yang lebih positif dan menyokong pelajar secara keseluruhan.

MAKLUMAT YANG PERLU DIMASUKKAN DALAM SURAT ADUAN

  1. Butiran Pemohon: Nama, alamat, dan nombor telefon pemohon perlu ditulis dengan jelas. Ini penting agar pihak sekolah dapat menghubungi pemohon jika ada soalan.
  2. Butiran Pelajar yang Dibuli: Nama penuh pelajar yang menjadi mangsa buli, kelas mereka, perlu ditulis. Ini membolehkan pihak sekolah mengenal pasti pelajar itu.
  3. Butiran Kes Gangguan: Penerangan tentang kejadian buli, seperti tarikh, masa, dan lokasi. Pemohon juga perlu menyatakan jenis buli yang berlaku, seperti ejekan, pukulan, atau ancaman. Jika nama pelaku diketahui, ia juga perlu ditulis.
  4. Permohonan Tindakan: Dalam surat ini, pemohon perlu memberitahu pihak sekolah tentang tindakan yang sesuai untuk pelaku, seperti membuat siasatan dan ambil langkah untuk melindungi pelajar yang itu.
  5. Ucapan Terima Kasih: Sebagai tanda terima kasih, pemohon akan ucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas tindakan yang diambil dalam menangani isu buli.

CONTOH SURAT ADUAN GANGGUAN BULI DI SEKOLAH

[Alamat Pemohon]
[Tarikh]

Kepada,
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan [Nama Sekolah],
[Alamat Sekolah].

Tuan/Puan,

Aduan Gangguan Buli di Sekolah

Dengan segala hormat, saya [Nama Pemohon], ibu/bapa/penjaga kepada [Nama Pelajar], pelajar di [Tingkatan/Kelas], ingin membuat aduan tentang kes buli yang berlaku pada anak saya di sekolah.

Anak saya telah menjadi mangsa buli oleh [Nama Pelaku jika diketahui] pada [nyatakan tarikh dan masa kejadian] di [lokasi kejadian]. Buli seperti [nyatakan jenis buli seperti ejekan, pukulan, atau ancaman]. Kejadian ini telah memberi kesan negatif kepada emosi anak saya. Sejak itu, saya perhatikan anak saya menjadi lebih pendiam dan tidak mahu pergi ke sekolah.

Saya harap pihak sekolah dapat memberi tindakan yang sesuai untuk atasi masalah ini. Selain itu, saya juga minta pihak sekolah menyiasat kejadian ini dan ambil langkah untuk pastikan anak saya dan pelajar lain selamat. Saya percaya sekolah ada cara untuk membendung masalah buli.

Seterusnya, saya ingin mengingatkan bahawa buli bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa, tetapi juga kepada suasana di sekolah. Jika masalah ini tidak ditangani, pelajar lain mungkin berasa tidak selamat dan proses pembelajaran mereka juga terjejas.

Disamping itu, saya juga ingin ucapkan terima kasih atas kerjasama pihak sekolah. Saya harap pihak tuan dapat memastikan suasana yang selamat dan baik untuk semua pelajar. Saya sedia untuk memberikan kerjasama lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
[Nama Pemohon]
[Nombor Telefon]

Dengan surat ini, saya harap pihak sekolah dapat memberi perhatian serius kepada masalah buli di sekolah. Mengatasi isu buli adalah penting untuk pelajar supaya dapat menimbulkan suasana yang positif dan selamat.

 

Berikut merupakan contoh surat aduan gangguan buli di sekolah:

Aduan gangguan buli di sekolah

 

Artikel-artikel yang lebih menarik khas untuk anda:

Contoh Surat Rayuan Kes Disiplin

Contoh Surat Permohonan Pemindahan Bekerja

Share.

Leave A Reply