Contoh Surat Aduan Kerosakan Kemudahan Awam [Khalifah Media Networks]

Surat aduan kerosakan kemudahan awam adalah dokumen rasmi yang dibuat oleh individu atau organisasi untuk maklum pihak berkuasa tentang kerosakan yang berlaku pada kemudahan awam. Kemudahan awam adalah kemudahan yang disediakan untuk masyarakat, seperti taman permainan, jalan raya, lampu jalan, tandas awam, dan sebagainya. Tujuan utama surat ini adalah untuk memberi butiran tentang masalah yang wujud agar langkah segera diambil untuk baiki kerosakan itu.

surat aduan kerosakan kemudahan awam

 

KESAN KEROSAKAN KEMUDAHAN AWAM 

Kerosakan kemudahan awam boleh memberi kesan buruk kepada orang ramai. Contohnya, taman yang rosak boleh terjadi kecederaan kepada kanak-kanak. Jalan raya yang rosak juga boleh terjadi kemalangan kepada pengguna jalan raya. Oleh itu, penting untuk membuat aduan kerosakan supaya pihak terlibat boleh ambil langkah dengan cepat dan elakkan bahaya kepada keselamatan awam.

CARA MENULIS SURAT ADUAN

Surat aduan perlu ditulis dengan bahasa yang formal, jelas, dan sopan. Pengadu harus terangkan kerosakan yang berlaku dan menyatakan lokasi. Dengan butiran yang tepat, mereka boleh ambil langkah dengan lebih cepat. Pengadu juga boleh cadang supaya pemeriksaan berkala dibuat untuk elakkan kerosakan tidak berlaku pada masa akan datang.

CADANGAN PEMERIKSAAN BERKALA

Menyertakan cadangan pemeriksaan berkala dalam surat aduan penting kerana ia menunjukkan pengadu ambil berat tentang keselamatan kemudahan awam. Dengan pemeriksaan berkala, mereka boleh kenal pasti masalah lebih awal sebelum menjadi serius. Ini bukan sahaja dapat kurangkan risiko kepada pengguna, tetapi juga dapat bantu mereka pastikan kemudahan awam selamat dan terjaga.

PENTINGNYA TINDAKAN SEGERA

Menulis surat aduan adalah langkah penting untuk memberitahu pihak berkuasa tentang masalah kemudahan awam. Kadang-kadang, mereka mungkin tidak tahu tentang kerosakan di kawasan itu. Oleh itu, dengan menulis surat aduan yang jelas dan memberi butiran lengkap, mereka boleh ambil langkah lebih cepat untuk atasi masalah itu.

Contoh Surat Aduan Kerosakan Kemudahan Awam

[Alamat Pengirim]
[Nombor Telefon]
[Emel Pengirim]

Tarikh: [dd/mm/yyyy]

Kepada:
[Nama Pihak Yang Dituju]
[Alamat Penuh Pihak Yang Dituju]

Tuan/Puan,

Aduan Mengenai Kerosakan Taman Permainan di [Nama Tempat]

Saya, [Penduduk di Nama Tempat], ingin membuat aduan mengenai kerosakan kemudahan awam di taman permainan di kawasan ini. Beberapa peralatan seperti buaian dan gelongsor telah rosak dan tidak selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Buaian telah putus, gelongsor menjadi tajam serta berbahaya. Selain itu, terdapat juga kerusi yang telah rosak, dan lampu jalan di taman tersebut tidak berfungsi, menjadikan kawasan itu gelap dan tidak selamat pada waktu malam.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk, terutama ibu bapa yang bimbang keselamatan anak-anak ketika bermain di taman. Tambahan pula, keadaan persekitaran yang gelap menimbulkan risiko keselamatan.

Saya berharap pihak tuan/puan dapat segera mengambil tindakan untuk membaik pulih kerosakan tersebut dan memastikan taman tersebut kembali selamat digunakan oleh semua penduduk.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
[Nama Pengirim]

 

 

Dibawah ini disertakan contoh membuat surat aduan ini:

Contoh Surat Aduan Kerosakan Kemudahan Awam

KESIMPULAN

Kerosakan kemudahan awam perlu diambil serius kerana ia boleh jejaskan orang ramai. Contohnya, taman yang rosak boleh cederakan kanak-kanak, dan jalan rosak boleh terjadi kemalangan. Oleh itu, surat aduan yang ditulis dengan baik penting untuk bantu pihak terlibat ambil langkah dengan cepat bagi baiki kerosakan. Pengadu yang membuat aduan amat penting dalam menjaga keselamatan penduduk. Dengan membuat aduan tentang masalah yang ada, mereka bantu pastikan kemudahan awam selamat untuk semua.

 

Artikel-artikel yang lebih menarik khas untuk anda:

Contoh Surat Makluman Potongan Gaji

Contoh Surat Pemberitahuan Penangguhan Acara

Share.

Leave A Reply