Contoh Surat Jemputan Ceramah Motivasi di Sekolah [Khalifah Media Networks]
Ceramah motivasi di sekolah adalah cara yang baik untuk memberi sokongan kepada pelajar. Ceramah motivasi dijalankan untuk mewujudkan rasa yakin diri, sikap positif, dan bantu pelajar menetapkan tujuan hidup. Surat jemputan ceramah motivasi adalah surat rasmi yang diberi kepada penceramah untuk menjemput mereka memberi ceramah di sekolah. Dalam surat ini, penting untuk meletakkan tujuan jemputan, tarikh, masa, tempat, dan tema ceramah. Surat juga perlu melampirkan latar belakang penceramah dan sebab memilih mereka, serta butiran seperti susunan program. Akhir sekali, ucapkan terima kasih atas kesudian mereka menerima jemputan. Surat jemputan yang lengkap akan memastikan ceramah menepati hasrat yang diharapkan oleh pihak sekolah.
TUJUAN CERAMAH MOTIVASI
- Semangat Pelajar: Ceramah ini dibuat untuk menaikkan azam pelajar supaya mereka lebih bermotivasi dalam belajar dan menjalani kehidupan harian.
- Membangun Keyakinan Diri: Ceramah ini juga bantu pelajar membina tahap yakin akan diri untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka.
- Mendorong Sikap Positif: Ceramah ini membentuk sikap positif seperti usaha keras, dan tidak mudah meh.
ISI KANDUNGAN SURAT JEMPUTAN
- Penghargaan dan Tujuan Jemputan: Kami berbesar hati menjemput anda untuk memberikan ceramah di sekolah kami. Kami sangat menghargai dan berharap ceramah ini akan memberi manfaat kepada pelajar kami.
- Butiran Ceramah: Ceramah akan diadakan pada [tarikh] pada [masa] di [lokasi]. Sila pastikan butiran ini jelas supaya anda boleh membuat persediaan yang rapi.
- Tema atau Fokus Ceramah: Tema ceramah yang kami cadangkan adalah “Motivasi Belajar” atau “Membina Keyakinan Diri”. Kami berharap ini akan sesuai dengan kepakaran anda.
- Maklumat Lanjut dan Pengesahan Kedatangan: Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di nombor telefon [nombor telefon] atau emel [alamat emel].
CONTOH SURAT JEMPUTAN CERAMAT MOTIVASI
[Alamat Pengirim]
[Tarikh]
Kepada,
[Nama Penerima]
[Jawatan Penerima]
[Nama Organisasi Penerima]
[Alamat Organisasi]
Tuan/Puan,
Jemputan Menyampaikan Ceramah Motivasi
Dengan segala hormat, saya wakil dari [Nama Sekolah/Organisasi] ingin menjemput Tuan/Puan untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar/kakitangan sekolah/organisasi kami. Ceramah ini akan diadakan sempena [nyatakan tujuan program] pada:
Tarikh: [Tarikh Program]
Masa: [Masa Program]
Tempat: [Lokasi Program]
Program ini bertujuan untuk [nyatakan tujuan program seperti meningkatkan motivasi, membina keyakinan, atau lain-lain]. Kami percaya pengalaman dan kepakaran Tuan/Puan dalam bidang ini akan memberi inspirasi serta panduan berharga kepada para peserta kami.
Sehubungan itu, kami berharap agar Tuan/Puan dapat menerima jemputan ini dan memeriahkan program kami dengan kehadiran Tuan/Puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi saya di talian [No. Telefon] atau melalui emel di [Alamat Emel].
Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan amat kami hargai. Kami berharap jemputan ini dapat dipertimbangkan dengan baik. Terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
[Nama Pengirim]
[Jawatan Pengirim]
[Nama Sekolah/Organisasi]
Berikut merupakan contoh surat jemputan ceramah motivasi di sekolah:
Artikel-artikel yang menarik khas untuk anda: