Potongan gaji adalah perkara penting yang perlu difahami oleh setiap pekerja. Surat Makluman Potongan Gaji sebagai dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh majikan kepada pekerja untuk memberi tahu tentang sebab sebab potongan yang dilakukan ke atas gaji mereka. Makluman ini penting kerana ia membantu pekerja faham dengan jelas jumlah gaji bersih yang di terima setiap bulan.

Antara sebab Potongan gaji yang biasa Termaktub dalam Surat Makluman Potongan Gaji adalah seperti berikut:

1. Cukai Pendapatan
Potongan gaji untuk bayaran Cukai Pendapatan adalah perkara yang lazim berlaku dalam sebuah negara. Majikan akan memotong sejumlah wang dari gaji pekerja untuk disalur kepada pihak berkuasa cukai sebagai bayaran cukai yang perlu dibayar mengikut kadar yang telah ditetapkan.

2. Pinjaman Peribadi atau Pinjaman Koperasi
Jika seorang pekerja mempunyai Pinjaman Peribadi dengan syarikat tempat bekerja, maka potongan gaji untuk bayaran ansuran pinjaman ini akan dibuat setiap bulan. Majikan perlu memastikan bahawa potongan yang dibuat adalah mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh pekerja dan syarikat kredit.

3. KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
Majikan juga akan membuat potongan gaji untuk bayaran KWSP pekerja. Potongan ini akan disalur kepada akaun KWSP pekerja untuk di simpan sebagai Simpanan Persaraan. Sebahagian dari pada gaji bulanan pekerja akan di potong untuk disalur kepada KWSP mengikut kadar yang telah ditetap.

4. Insurans
Potongan untuk Insurans Kesihatan, Insurans Hayat, atau lain lain juga mungkin termasuk dalam Surat Makluman Potongan Gaji. Insurans adalah penting untuk melindungi hak pekerja dalam kes Kecemasan atau Kematian. Potongan ini adalah untuk membayar premium insurans yang dibuat.

5. Potongan Tambahan
Selain dari pada potongan yang telah disebut di atas, ada juga Potongan Tambahan seperti EPF, Socso, atau lain lain yang diperlu kan mengikut undang undang.

Surat Makluman Potongan Gaji adalah penting kerana ia mem bantu pekerja memahami dengan jelas jumlah gaji bersih yang di terima setiap bulan. Pekerja perlu pastikan mereka memeriksa Surat Makluman Potongan Gaji yang dibuat adalah sah .

Contoh Surat Makluman Potongan Gaji

Berikut adalah Contoh Surat Makluman Potongan Gaji:


Nama Syarikat
Alamat Syarikat
No. Telefon Syarikat
Tarikh

Nama Pekerja
Alamat Pekerja

Tuan/Puan,

PERKARA : MAKLUMAN POTONGAN GAJI

Dengan segala hormat, perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa gaji Tuan / Puan akan dipotong sebanyak [jumlah] bermula [tarikh mula potongan]. Potongan ini adalah disebabkan oleh [Sebab Potongan, contoh nya Pembayaran Balik Pinjaman, Sumbangan, dsb.].

Potongan ini akan berterusan sehingga [tarikh tamat jika ada] atau sehingga jumlah keseluruhan [jumlah potongan] telah selesai dibayar.

Jika ada pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi jabatan sumber manusia di [no. telefon].

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[Nama Penandatangan]
[Jawatan]
Nama Syarikat


Lain lain artikel yang menarik khas untuk anda :

Contoh Pengumuman Pelantikan Jawatan Baru

Contoh Surat Permohonan Cuti Tanpa Gaji

Share.

Leave A Reply