Dalam perjanjian kontrak sewa rumah, kedua pihak terdiri dari pembeli dan penyewa telah mencapai kata sepakat dalam menandatangani kontrak dan tempoh untuk menyewa diberikan secara lanjut dari satu masa ke tempoh bayaran yang telah disepakat. Namun, bagi penyewa pula, setelah mereka telah menetap dari jangka masa yang singkat atau dalam tempoh berapa tahun menetap di situ, mereka berfikir sejenak yang lebih baik jika berhijrah ke tempat baru. Beberapa faktor seperti pindah ke tempat baru kerana dapat pekerjaan, perkahwinan atau alasan keluarga. Atau mungkin juga dari segi facility yang disediakan oleh tuan rumah tersebut yang kurang selesa bagi mereka, persekitaran yang toxic dan lain lain. Jadi, dengan masalah yang dihadapi oleh anda,  kami akan buat sharing kepada anda berkait cara menulis surat pembatalan kontrak sewa rumah dalam tamat kontrak dalam proses sewa beli antara dua pihak.

sewa rumah

Contoh Surat Pembatalan Kontrak Sewa Rumah

Berikut adalah format penulisan dalam menulis surat pembatalan kontrak sewa rumah :

[Alamat anda]
[Tarikh]

[Alamat Penerima]
[Syarikat/Pihak Bertanggungjawab]
[Tarikh]

Perkara: Pembatalan Kontrak Rumah

Kepada [Nama Syarikat/Pihak Bertanggungjawab],

Saya, [Nama Anda], dengan ini ingin memberi usul permohonan untuk membatalkan kontrak rumah yang saya sewa / beli dengan butiran berikut:

Alamat Rumah: [Alamat Rumah Sewa/Dibeli]
Nombor Kontrak: [Nombor Kontrak (Jika Ada)]
Tarikh Mula Kontrak: [Tarikh Mula Kontrak]
Tarikh Tamat Kontrak: [Tarikh Tamat Kontrak (Jika Ada)]

Dengan langkah ini adalah kerana [huraikan sebab apa anda buat, sebagai contoh: faktor keadaan kewangan , sebab peribadi, atau rasa tidak puas hati dengan keadaan rumah]. Dengan apa yang telah saya buat dengan teliti, adalah dengan keputusan ini saya percaya bahawa dengan pembatalan kontrak adalah langkah yang betul dalam keadaan semasa.

Selaras dengan terma kontrak, saya dengan terbuka faham dalam SOP pembatalan yang ditetapkan dan membayar yuran pembatalan jika ada.

Saya memohon agar pihak tuan / puan segera mengambil langkah yang perlu untuk proses pembatalan kontrak ini. Sila sahkan pembatalan ini kepada saya melalui e-mel atau telefon secepat mungkin.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini.

Yang Benar,

[Tandatangan Anda]
[Nama anda]


Lain-lain artikel dari kami yang menarik untuk anda :

Contoh Format Surat Aduan

Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Kerja

Share.

Leave A Reply