Contoh Surat Pengesahan Kehadiran Program Seminar Kepimpinan Pelajar [Khalifah Media Networks]

Surat Pengesahan Kehadiran Program Seminar Kepimpinan Pelajar adalah surat rasmi yang ditulis oleh ibu bapa, penjaga, atau sekolah untuk menyatakan bahawa seorang pelajar akan hadir dalam program yang dibuat. Surat ini dibuat untuk memastikan pelajar yang terlibat akan hadir. Selain itu, ia juga menjadi bukti rasmi bahawa pelajar berkomitmen untuk hadir ke program ini.

surat pengesahan kehadiran program seminar kepimpinan pelajar

 

Surat ini dibuat untuk sahkan bahawa pelajar akan hadir ke seminar kepimpinan yang dibuat oleh sekolah.  Dengan surat ini, pihak penganjur dapat rancang jumlah peserta, menyediakan kemudahan, dan memastikan program berjalan lancar.

Surat ini ditulis dengan nama pelajar, kelas, nama program, tarikh dan masa, serta pengesahan daripada ibu bapa atau penjaga. Ia juga boleh menyatakan penghargaan kepada pihak sekolah atau penganjur kerana menganjurkan program ini.

Surat pengesahan kehadiran penting untuk memastikan pelajar hadir dan menyertai program. Ini membantu pihak sekolah atau penganjur menyediakan tempat duduk, bahan seminar, makanan dan sebagainya. Surat ini juga menunjukkan sokongan ibu bapa atau penjaga dalam penyertaan pelajar dalam aktiviti ini.

 

CONTOH SURAT PENGESAHAN KEHADIRAN PROGRAM SEMINAR KEPIMPINAN PELAJAR 

Nama Anda
Alamat Anda
No. Telefon Anda

[Tarikh]

Kepada,
Pengerusi Jawatankuasa Program
Seminar Kepimpinan Pelajar
[Nama Sekolah/Organisasi]
[Alamat Organisasi]

Tuan/Puan,

Pengesahan Kehadiran Program Seminar Kepimpinan Pelajar

Dengan segala hormatnya, saya, [Nama Anda], pelajar dari [Tingkatan/Kelas] di [Nama Sekolah], ingin mengesahkan kehadiran saya untuk Program Seminar Kepimpinan Pelajar yang akan diadakan pada [Tarikh Seminar] bertempat di [Lokasi Seminar].

Saya berasa amat teruja untuk menyertai seminar ini kerana saya percaya ia akan memberi manfaat besar dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan saya serta memberi peluang untuk saya menimba ilmu dan pengalaman baru. Seminar ini juga akan membantu saya dalam mempersiapkan diri sebagai seorang pemimpin di sekolah serta memberi inspirasi untuk terus berusaha dalam mencapai kejayaan akademik dan kokurikulum.

Saya sangat menghargai jemputan pihak tuan/puan dan berharap dapat memanfaatkan sepenuhnya program ini. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
[Nama Anda]
[No. Telefon Anda]

 

Berikut merupakan contoh surat pengesahan kehadiran program seminar kepimpinan pelajar:

program seminar kepimpinan pelajar

PENERANGAN

  1. Alamat Pengirim dan Penerima: Surat bermula dengan butiran alamat ibu bapa atau penjaga, serta alamat sekolah yang akan menguruskan program.
  2. Tujuan Surat: Bahagian utama surat memberitahu dengan jelas tujuan surat, iaitu untuk sahkan kehadiran pelajar ke seminar kepimpinan. Nama pelajar, kelas, serta butiran program yang ditulis dengan lengkap.
  3. Penghargaan: Ibu bapa juga menyatakan penghargaan atas usaha pihak sekolah dalam membuat program yang penting untuk perkembangan diri pelajar. Ini menunjukkan sokongan ibu bapa tentang inisiatif sekolah.
  4. Penutup dan Butiran Hubungan: Surat diakhiri dengan tanda tangan ibu bapa atau penjaga serta nombor telefon untuk dihubungi, bagi memudahkan pihak sekolah jika ada pertanyaan.

KESIMPULAN

Surat pengesahan kehadiran ini penting untuk memberi jaminan kepada pihak sekolah bahawa pelajar akan hadir ke seminar yang telah dibuat. Dengan surat ini, pihak yang terlibat boleh membuat persiapan lebih rapi, memastikan pelajar yang hadir adalah , dan pada masa yang sama, mewujudkan kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah.

 

Artikel-artikel yang menarik khas untuk anda:

Contoh Surat Pemberitahuan Penangguhan Acara

Contoh Surat Penerimaan Pelajar Baharu

Share.

Leave A Reply