Surat Penolakan Tawaran Kerja Secara Profesional adalah dokumen rasmi yang calon pekerja guna untuk maklum bahawa mereka tidak dapat terima tawaran yang telah majikan beri. Surat ini ditulis dengan nada profesional dan hormat untuk maklum kata putus calon secara rasmi.

Dengan menulis surat penolakan, calon tunjuk sikap profesionalisme dan penghargaan kepada tawaran yang majikan beri. Calon bukan sahaja tunjuk sikap sopan bahkan calon menjaga hubungan baik dengan majikan tersebut.

Selain itu, proses pengambilan pekerja melibatkan banyak masa dan usaha dari pihak majikan. Oleh itu, surat penolakan yang sopan ini adalah salah satu usaha bagi menghormati dan menunjukkan rasa terima kasih atas peluang yang telah diberi.

Bukan itu sahaja, dengan menolak tawaran kerja secara rasmi telah bantu calon menjaga nama baik mereka dalam industri. Majikan akan hargai kejujuran dan komunikasi yang baik, yang mungkin beri manfaat untuk peluang kerja pada masa depan.

Kesimpulannya, surat penolakan memberikan kejelasan kepada majikan tentang status tawaran kerja mereka. Ini bantu elak sebarang percanggahan dan mereka boleh teruskan proses pengambilan pekerja dengan lebih teratur.

 

Contoh Surat Penolakan Tawaran Kerja Secara Profesional

Berikut adalah contoh Surat Penolakan Tawaran Kerja Secara Profesional seperti di bawah:

[Nama Anda]
[Alamat Anda]
[Bandar, Negeri, Poskod]
[Emel Anda]
[Tarikh]

[Nama Pengurus Pengambilan]
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]
[Bandar, Negeri, Poskod]


Tuan/Puan [Nama Pengurus Pengambilan],

PERKARA: PENOLAKAN TAWARAN KERJA UNTUK JAWATAN [NAMA JAWATAN]

Dengan segala hormat, saya ingin ucap terima kasih atas tawaran kerja yang telah pihak Tuan / Puan beri kepada saya untuk jawatan [Nama Jawatan] di [Nama Syarikat]. Saya amat hargai peluang yang telah diberikan serta masa dan usaha yang telah diluangkan oleh pihak tuan/puan sepanjang proses temu duga.

Namun begitu, setelah mempertimbangkan tawaran ini dengan teliti, saya telah membuat keputusan untuk tidak terima tawaran kerja ini. Keputusan ini bukan sesuatu yang mudah bagi saya, tetapi saya percaya bahawa ia adalah yang terbaik untuk kerjaya dan perkembangan peribadi saya pada masa ini.

Sekali lagi, saya ingin ucap terima kasih atas peluang yang telah pihak Tuan / Puan beri. Saya harap agar kita dapat bekerja sama di masa hadapan dan saya juga mendoakan yang terbaik untuk [Nama Syarikat] dalam mencapai matlamat dan visi yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[Nama Anda]
[Tandatangan Anda jika surat fizikal]

 

Lain lain artikel yang menarik khas untuk anda:

Contoh Surat Memohon Peruntukan Perniagaan

Contoh Notis Kenaikan Harga Barangan

Share.

Leave A Reply