Sebagai pemilik perniagaan, adalah penting untuk kita akses kepada dana sedia ada dari sumber secara berkesan untuk memberi pulangan dan hasil. Satu alat utama dalam proses ini ialah surat memohon peruntukan perniagaan. Dokumen ini berfungsi sebagai permintaan rasmi untuk sumber atau pembiayaan khusus yang perlu untuk sokong dari aspek operasi perniagaan.

peruntukan perniagaan

Dalam membuat surat ini, adalah penting untuk menggariskan dengan jelas tujuan dana, memberi info dengan lebih jelas tentang cara sumber akan diguna pakai dan memberi bukti melalui cara dana ini akan memberi manfaat kepada operasi perniagaan secara menyeluruh . Selain itu, adalah penting untuk beri maklum apa apa potensi risiko atau cabaran yang mungkin timbul jika dana yang diberi gagal.

Dengan penyerahan surat ini yang ditulis dengan baik dan jelas, pemilik perniagaan boleh meningkatkan peluang mereka untuk dapat sumber yang mereka perlu untuk memacu pertumbuhan dan sukses dalam organization mereka.

Surat Permohonan Peruntukan Perniagaan

Berikut seperti di bawah adalah contoh penulisan dalam menulis surat memohon peruntukan perniagaan :


[Alamat anda]
[Tarikh]

[Alamat Penerima]
[Gelaran dan Nama Penerima, jika ada]

Perkara: Permohonan Pembiayaan untuk Perniagaan

Tuan / Puan,

Saya, [Nama Anda], pemilik [Nama Perniagaan], dengan ini ingin memohon pembiayaan untuk perniagaan saya.

Perniagaan saya, [Nama Perniagaan], telah beroperasi untuk [tempoh masa] dan kami telah capai beberapa pencapaian penting dari segi pertumbuhan dan hasil. Walau bagaimanapun, untuk ambil langkah lebih lanjut dalam menaik taraf perniagaan kami, kami amat perlu dana tambahan.

Dana yang diminta akan kami guna untuk [huraikan secara ringkas dana yang akan diguna, seperti naik taraf produk, marketing, dll.]. Kami telah merancang dengan teliti bantuan dana ini dan yakin bahawa pelaburan ini akan memberi impak yang positif untuk syarikat kami.

Berikut adalah butiran dana yang diguna seperti berikut :

1. [Butiran pertama dana]
2. [Butiran dana kedua]
3. [Butiran dana ketiga]

Kami yakin dengan bantuan kewangan yang betul, perniagaan kami akan dapat capai potensi ke arah lebih baik dan dapat beri untuk yang lumayan untuk bisnes kami. Kami juga bersedia untuk adakan sesi bincang tentang rancangan perniagaan kami dengan lebih lanjut dan memberi apa apa info lebih lanjut yang anda perlu.

Harapan kami agar pihak tuan / puan dapat memberi kelulusan secepat mungkin supaya kami boleh mula projek ke langkah seterus nya dalam menaik taraf perniagaan kami.

Terima kasih atas perhatian anda kepada permintaan kami. Kami amat harap maklum balas positif anda.

Yang Benar,

[Tandatangan Anda (jika surat itu dicetak)]
[Nama Anda]
[Jawatan Anda dalam Syarikat]
[Nombor telefon]


Lain lain artikel yang menarik khas untuk anda :

Surat Aduan Gangguan Dalam Perniagaan

Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Kerja

Share.

Leave A Reply