Surat memohon biasiswa adalah dokumen penting yang boleh membuka peluang pendidikan dan prospek kerjaya pada masa hadapan seorang graduan. Proses untuk dapat tajaan untuk pengajian akademik bukan suatu benda baru dan telah berkembang sejak sekian lama. Kini, badan tajaan telah menjadi lebih biasa dan banyak, dengan turut serta dari badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) bersedia untuk menaja pelajar. Biasiswa adalah bentuk tajaan yang dapat bantu sokong rata rata pelajar dalam usaha akademik mereka dan meringankan beban kewangan dan kos sara hidup. Bentuk penajaan ini boleh memberi impak yang besar kepada keboleh aksesan dan memberi peluang untuk insan yang ingin sambung ke menara gading dari latar belakang yang berbeza.

biasiswa

Bila dah apply sponsorship ia dapat membuka pintu kepada peluang pendidikan yang mungkin tidak dapat dicapai. Dengan tajaan, pelajar boleh capai goals mereka dan memberi manfaat kepada orang luar sana dengan bidang pengajian yang telah belajar. Penajaan boleh memberi pelajar dengan apa yang mereka perlukan untuk sukses dalam akademik, membuat kaji selidik dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dapat memberi pengalaman yang penting semasa belajar mereka secara meluas. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda dalam menulis surat dalam memohon biasiswa.

Contoh Format Surat Memohon Biasiswa

[Alamat anda]
[Bandar, Poskod]
[Tarikh]

[Alamat Penerima]
[Tajuk/Nama Penerima]
[Nama Institusi/Syarikat]
[Alamat Institusi/Syarikat]
[Bandar, Poskod]

Subjek: Permohonan Biasiswa

Kepada [Nama Penerima],

Nama: [Nama Penuh Anda]
Alamat: [Alamat Anda]
Nombor Telefon: [Nombor Telefon Anda]
E-mel: [Alamat E-mel Anda]

Dengan ini saya ingin membuat permohonan untuk diberi peluang dalam memohon biasiswa yang ada di [Nama Institusi/Program].

Saya seorang pelajar yang sangat komited kepada prestasi diri. Saya telah memberi keputusan yang baik selama ini, dengan lebih lanjut result boleh dilihat pada lampiran yang saya lampirkan bersama surat ini.

Sebab utama saya memohon ini adalah kerana keadaan masalah kewangan saya tidak dapat tampung saya untuk pelajaran saya. Dengan bantuan kewangan ini, saya pasti saya dapat memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran tanpa perlu bebani masalah ini.

Impian saya yang besar adalah untuk memberi nilai secara positif kepada masyarakat selepas sebaik sahaja tamat pendidikan saya. Selain itu, saya percaya bahawa dengan peluang ini, saya akan dapat capai potensi penuh saya dan memberi sumbang lebih banyak kepada bidang [sebut bidang pengajian atau minat anda].

Saya sedia untuk maklum balas dari pihak tuan / puanĀ  lebih lanjut dalam proses pemilihan yang telah ditentukan dan saya juga telah sediakan segala dokumen yang diperlukan untuk sokong permohonan ini. Harapan saya agar pihak kuasa dapat ambil maklum dengan teliti permintaan dari saya ini.

Justeru, saya telah menulis surat memohon ini dengan luahan dari lubuk hati dan saya telah serta dengan dokumen sokongan yang berkait. Atas ambil cakna dan baik budi dari pihak tuan / puan, saya ucapkan sekalung ucapan terima kasih.

Yang Benar,

[Tandatangan anda]
[Nama penuh anda]

Lain lain artikel menarik dari kami :

Contoh Surat Penangguhan Pengajian di Universiti

Contoh Resume Untuk Permohonan Internship

Share.

Leave A Reply