Contoh Surat Permohonan Cuti Khas untuk Pelajar [Khalifah Media Networks]
Artikel ini menceritakan tentang contoh surat permohonan cuti khas untuk pelajar. Surat ini dibuat untuk meminta izin dari pihak sekolah untuk mengambil cuti dalam sesuatu tempoh kerana sebab urusan peribadi atau penting.
KEPENTINGAN
-
- Memaklumkan Pihak Sekolah: Surat ini untuk maklum kepada pihak sekolah tentang mengapa pelajar perlu bercuti, dan pastikan mereka faham akan sebab serta tempoh cuti yang diminta.
- Menjelaskan Sebab dengan Jelas: Surat ini juga memberitahu sebab pelajar memohon cuti dengan jelas supaya pihak sekolah tahu keadaan mengapa perlu bercuti.
- Memberi Komitmen: Surat ini juga membuktikan bahawa pelajar sudah maklum dengan guru dan akan membuat kerja yang tertinggal, menunjukkan pelajar tetap serius dengan pelajaran walaupun tidak hadir.
Dengan menulis butiran lengkap dalam surat ini, pelajar boleh memastikan bahawa permohonan cuti mereka akan dipertimbang dengan baik.
Berikut adalah contoh surat permohonan cuti khas untuk pelajar:
[Nama Anda]
[Alamat Anda]
[Tarikh]
Kepada
[Nama Guru/Ketua Kelas]
[Jawatan]
[Nama Sekolah]
[Alamat Sekolah]
Tuan/Puan,
Permohonan Cuti Khas
Dengan segala hormat, saya, [Nama Pelajar], pelajar di [Nama Kelas/Tingkatan], ingin memohon cuti khas dari [Tarikh Mula] hingga [Tarikh Tamat] atas sebab [seperti urusan kesihatan, atau acara peribadi].
Saya memohon cuti ini kerana [jelaskan sebab dengan lebih lanjut jika perlu, seperti pergi ke majlis perkahwinan ahli keluarga yang penting, membuat rawatan perubatan yang telah ditetapkan atau menyertai acara yang perlukan kehadiran saya].
Selain itu, saya juga telah maklum dengan guru subjek dan memastikan bahawa segala kerja rumah atau tugasan akan dibuat sebelum cuti ini bermula. Saya juga akan dapatkan nota atau butiran dari kawan-kawan untuk pastikan saya tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Saya harap pihak tuan/puan dapat pertimbangkan permohonan ini. Sekiranya ada soalan, sila hubungi saya di [Nombor Telefon/Email].
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
[Nama Pelajar]
[Nombor Telefon]
[Email]
CONTOH SURAT
Artikel-artikel yang menarik khas untuk anda:
Contoh Penyampaian Surat Tawaran Biasiswa
Contoh Surat Memohon Cuti Sakit