Covid-19. Ahli Keluarga Terpaksa Beratur Panjang Isi Tabung Oksigen.

| January 20, 2021 | 0 Comments

Covid-19. Ahli Keluarga Terpaksa Beratur Panjang Isi Tabung Oksigen. | Menyayat Hati, Foto-foto Ahli Keluarga Pesakit COVID-19 Dilapor Terpaksa Beratur Panjang Isi Tabung Oksigen Untuk Orang Tersayang

Demi insan tersayang, ahli keluarga dan saudara mara pesakit COVID-19 di Brazil dilaporkan beratur selama berjam-jam untuk mengisi tangki oksigen, lapor Daily Mail.

Isi Gas Covid-19

Negara itu kini sedang bergelut dengan kes varian COVID-19 baharu dan doktor di hospital di Manaus terpaksa untuk memilih pesakit mana yang perlu mendapatkan oksigen terlebih dahulu.

Dari subuh sehingga senja, ahli keluarga beratur di luar loji oksigen Carboxi semasa hujan lebat pada Selasa.

Mereka hadir dengan tangki hijau berat untuk mengisi oksigen dan kemudian bergegas kembali ke saudara mereka yang sakit, meletakkan tangki silinder itu di tempat duduk belakang kenderaan dan di atas trak.

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, turut menghantar lori yang sarat dengan 3.78 juta kaki kubik oksigen untuk membantu wilayah tersebut.

Brazil telah mencatatkan 210,000 kematian akibat COVID-19, kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.

Kementerian kesihatan Brazil menghantar tujuh loji penghasil oksigen pada Ahad lalu yang jika dipasang akan membekalkan oksigen ke 100 ICU.

Hospital di Manaus yang mempunyai seramai 2.2 juta orang penduduk di bandar itu setiap hari menerima pesakit baharu, menyebabkan ramai yang hanya terpaksa tinggal di rumah dan ada juga yang meninggal dunia.

Minggu lalu, beberapa portal berita memaparkan foto-foto sayu ahli keluarga pesakit COVID-19 yang terpaksa menerima kenyataan bahawa insan yang mereka sayangi terkorban akibat tidak mempunyai oksigen yang mencukupi.

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *