Luar Kebiasaan, Gadis Ini Jadikan Nyamuk Binatang Peliharaan

| January 20, 2021 | 0 Comments

Luar Kebiasaan, Gadis Ini Jadikan Nyamuk Binatang Peliharaan | Jakarta – Seorang gadis di Indonesia membuatkan netizen kebingungan apabila mendedahkan dia menjadikan seekor nyamuk yang dinamakan Molly sebagai binatang peliharaan.

Nyamuk Binatang Peliharaan

Menerusi satu video di laman TikTok, gadis yang menggunakan akaun @michelleeserafin itu menunjukkan cara-cara memberi makan kepada serangga peliharaannya itu, lapor Suara.com semalam.

“Ini adalah cara bagaimana saya memberi Molly makan,” tulisnya pada status video berkenaan.

Video yang memaparkan gadis itu mendekatkan botol yang menyimpan nyamuk itu di kakinya sebelum penutupnya dibuka bagi membolehkan Molly terbang keluar.

Serangga itu akan menghisap darah di kaki tuannya dan sebaik selesai, Michellee akan memasukkan Molly ke dalam botol.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa hairan dengan tindakan gadis itu yang memilih nyamuk sebagai binatang peliharaan.

“Kalau nyamuk itu boleh bercakap, pasti akan diberitahu bahawa ia mampu cari makan sendiri,” tulis seorang pengguna.

“Terima kasih untuk tutorial ini, sangat menyesatkan,” komen seorang lagi.

Video tular itu sudah ditonton sebanyak 8.8 juta kali dengan ribuan komen ditinggalkan.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *