Covid-19: Enam Sekolah Di Larut Matang Selama Ditutup

| October 11, 2020 | 0 Comments

Covid-19: Enam Sekolah Di Larut Matang Selama Ditutup | Ipoh: Enam sekolah di Larut Matang Selama (LMS) ditutup selama seminggu bermula esok selepas terdapat kes positif Covid-19 dikesan membabitkan kakitangan sekolah terbabit.

Gambar Hiasan

Sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, penutupan sekolah itu adalah selaras dengan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah pencegahan awal mengurangkan risiko penularan pandemik berkenaan.

“Kedudukan sekolah berkenaan hampir dengan kawasan kem tahanan di Taiping yang mempunyai rekod jangkitan Covid-19,” katanya.

Bagaimanapun, beliau minta ibu bapa dan penjaga agar tidak panik dengan situasi itu dan menasihati mereka untuk mematuhi segala arahan dikeluarkan pihak sekolah.

“Kita akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa dan kita mohon semua warga sekolah agar segera melaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing sekiranya berlaku penularan Covid-19,” katanya.

Perak mencatatkan 15 kes baharu sejak 29 September lalu dengan Kluster Batu dikesan di kem tahanan di Taiping.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *