COVID-19 : Vaksin Suntikan Kedua Tunjuk Keberkesanan | Vaksin COVID-19 suntikan kedua mula menunjukkan kesan apabila seorang koresponden Bernama di Labuan yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua iaitu Pfizer-BioNTech mula merasakan tindak balas pada tubuh badannya. Beliau telah menerima suntikan kedua pada 20 Mac 2021.
Labuan : Suntikan kedua itu diberikan selepas 21 hari beliau menerima suntikan yang pertama. Suntikan vaksin COVID-19 yang pertama telah diterima pada 27 Februari 2021 yang lalu. Pada kira-kira jam 3 pagi iaitu 12 jam selepas menerima suntikan yang kedua beliau merasa letih, sakit kepala, sakit otot dan demam sehinggakan menggigil. Suhu badannya juga agak tinggi iaitu mencecah sehingga 38.05 darjah.
Beliau merasakan kesakitan pada lengan yang disuntik serta tidak dapat menggerakkannya. Keadaan beliau semakin membaik selepas memakan pil paracetamol yang diberikan oleh isterinya. Dibahagian belakang kad vaksinansi COVID-19 turut tertera peringatan untuk mengambil pil paracetamol sekiranya mengalami kesakitan selepas divaksin. Segala kesan yang dirasakan mula menghilang menjelang petang dan hanya sedikit terasa di kepala dan lengan.
#BHNasional Demam, sakit kepala dan keletihan adalah tanda tubuh mula membentuk pertahanan antibodi terhadap virus COVID-19.#Vaksin #Covid19https://t.co/wCcknQubkj
— Berita Harian (@bharianmy) March 29, 2021
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, kesakitan yang dirasai merupakan tanda bahawa tubuh badan penerima vaksin mula membentuk sitem pertahanan antibodi terhadap virus COVID-19. Ini menunjukkan bahawa vaksin tersebut mula bertindak balas dengan tubuh badan penerima dan ia merupakan suatu yang normal.
Namun ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sekiranya tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Badan penerima vaksin masih tetap juga menjalankan tugasannya, ia hanya tindak balas yang berbeza bagi setiap orang.
Wartawan di Labuan juga dikategorikan sebagai barisan hadapan. Mereka turut termasuk dalam kumpulan penerima vaksin COVID-19. oleh itu beliau sebagai koresponden Bernama Labuan bersama dengan jurugambar Bernama Labuan adalah antara 10 wakil media yang tersenarai sebagai penerima vaksin COVID-19.
Mengikut pemahaman Dr Ismuni Bohari, suntikan pertama vaksin COVID-19 adalah untuk membantu sel-sel imun mengenali DNA virus, dan apabila menerima suntikan kedua ia sudah bersedia untuk menentang virus tersebut kerana telah mempunyai elemen kod COVID-19. -BERNAMA
Sumber : Berita Harian