Cuba Ceroboh Sempadan, Pasangan Suami Isteri Ditahan | Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan. Bukan itu sahaja, aktiviti rentas sempadan juga tidak dibenarkan kerana risau akan keboleh jangkitan wabak Covid-19 semakin berleluasa.
Ramai rakyat yang berasal dari negara jiran yang turut terkandas tidak dapat pulang ke negara asal selepas kerajaan melaksanakan penutupan sempadan susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara.
Bangkok: Sepasang suami isteri ditahan ketika cuba menyeberangi tembok di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia untuk menyelinap ke Sadao, di selatan Songkhla, Thailand semalam.
Dikatakan, wanita yang berusia 39 tahun itu sedang hamil lima bulan dan suaminya berumur 41 tahun dari daerah Tha Phae, wilayah Satun itu ditahan ketika cuba menggunakan tangga untuk melepasi tembok sempadan.
Sementara itu, Komander Tentera Kittikhun Na Way berkata pasangan itu bekerja di ladang getah di Perlis, memutuskan untuk pulang ke negara asal selepas isterinya mengalami beberapa komplikasi.
Katanya, mereka akan didakwa kerana memasuki Thailand secara haram dan telah menjalani ujian saringan Covid-19, kini pasangan suami isteri berkenaan telah diletakkan di bawah kuarantin wajib selama 14 hari.
Dalam pada itu, Thailand pada ketika ini telah meningkatkan kawalan termasuk mendirikan beberapa pusat pemeriksaan di sepanjang sempadan untuk mencegah aktiviti menyeberang secara haram bagi membendung penularan Covid-19.
Negara itu mengesan kes tempatan varian Afrika Selatan yang telah membabitkan seorang peniaga berusia 32 tahun dari Tak Bai, Narathiwat.
Sumber: Berita Harian