Cubaan Wanita Nak Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Tak Menjadi Lepas Dipujuk Suami | Seorang wanita didakwa cuba untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang dalam satu kejadian yang berlaku tengah hari tadi, lapor Penang Kini sebentar tadi.
Namun cubaannya itu dipercayai tidak berjaya selepas wanita tersebut dipujuk oleh suaminya yang sempat tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu.
“Pasukan bomba yang pada mulanya telah terima laporan kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian dan cuba memujuk wanita berusia 40an itu namun gagal.
“Tidak lama kemudian suaminya sampai dan berjaya memujuk isterinya sebelum memeluk erat dan menenangkannya,” tulis Penang Kini di kiriman tersebut.
Kenyataan rasmi daripada pihak polis bakal menyusul kemudian.
Sumber : SK