Cuma Diam Tenung Kamera, Video Lelaki Ini Raih 25 Juta Tontonan | Seorang pengguna aplikasi TikTok berkongsikan beberapa video di laman aplikasi tersebut yang memaparkan wajahnya hanya tenung pada kamera.
Pun begitu, dalam satu video TikTok yang tular, pengguna TikTok bernama @anhtrantan telah meraih jutaan tontonan daripada pengguna lain.
Dengan hanya bermodalkan aktiviti ‘tenung’ kamera tanpa perlu berbuat apa-apa atau menyatakan apa-apa, video lelaki ini berjaya mendapat lebih 25 juta tontonan daripada warganet.
Menerusi ruangan komen, ramai warganet yang bingung tentang apakah kelebihan lelaki ini kerana video-video lelaki ini mampu meraih jutaan tontonan serta ratusan ribu likes.
Sumber : Tiktok Via Siakapkeli