Dana Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Akan Disalurkan Bermula 6 September Ini |Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021.

Dana Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Akan Disalurkan Bermula 6 September Ini

Menerusi kenyataan media sebentar tadi, beliau mengatakan bahawa Kementerian Kewangan telah diarahkan untuk menyegerakan pembayaran BKC itu yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos.

“Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan,” katanya.

BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40, dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Bagi pembayaran Fasa 1 ini, di bawah kategori miskin tegar dan B40, isi rumah akan mendapat sebanyak RM500, manakala warga emas sebatang kara dan bujang pula RM200.

Isi rumah bagi M40 pula akan mendapat sebanyak RM250 dan warga emas sebatang kara dan bujang akan mendapat sebanyak RM100.

Di bawah ini merupakan jadual bagi kelayakan penerima dan fasa pembayaran BKC.

Image

Image

Image

Image

Sumber : Bernama

Share.

Leave A Reply