Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Tradisi berbuka puasa di padang MBK 1 di sini berkemungkinan kembali dibenarkan tahun ini jika mendapat kelulusan kerajaan negeri, kata Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin.

Datuk Bandar Kuantuan Bagi 'Hint' Benarkan Buka Puasa Di Padang Tahun Ini

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan tidak mempunyai halangan jika tradisi itu kembali diadakan selepas dua tahun tidak dibenarkan ekoran COVID-19, jika Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) memperoleh kebenaran kerajaan negeri.

“Kita berharap kerajaan negeri dapat memberikan kelulusan kerana berbuka di padang mendapat permintaan ramai, malah boleh dikatakan menjadi sebahagian daripada produk pelancongan di Kuantan.

MBK juga menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian seperti menyediakan 65 lot bagi memastikan penjarakan fizikal,” katanya pada sidang media pada Majlis Penyerahan Permit Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di Dewan Bandaraya di sini semalam.

Selain itu, MBK juga telah membuat persediaan untuk menaikkan imej Padang MBK 1 antaranya membina menara jam sebagai mercu tanda baharu padang selain memasang lebih banyak lampu untuk meningkatkan aspek pencahayaan.

Mengulas mengenai Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kuantan tahun ini, Hamdan berkata terdapat 25 lokasi akan beroperasi tahun ini dengan penglibatan 1,045 peniaga.

Dengan tema “Lestari dan Pintar”, Hamdan berkata tiada bekas polisterin, dawai kokot dan penyedut minuman plastik adalah tidak dibenarkan selain peniaga perlu menggunakan beg plastik “biodegradable” atau boleh dikitar semula.

“Semua peniaga juga digalakkan menawarkan alternatif bayaran tanpa tunai bagi menggalakkan warga Kuantan ke arah tanpa tunai selain membantu peniaga kecil mendigitalkan perniagaan mereka,” katanya.

Peniaga dan pengunjung juga dinasihatkan untuk mematuhi SOP ditetapkan bagi membendung penularan wabak COVID-19, selain bazar yang didapati berlaku penularan akan ditutup selama tiga hari bagi kerja pembersihan.

Untuk tahun ini, Hamdan berkata MBK juga melancarkan kempen “Bandar Rendah Gula” bagi memberi kesedaran bahaya mengambil gula secara berlebihan.

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply