Datuk Nenek Bersama Seorang Cucu Maut Dlm Kemalangan. | KLUANG: Seorang cucu bersama datuk dan neneknya maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka bertembung lori pasir di Jalan Johor Kampung Pinggir, di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta iaitu Izzah Shahirah Sahri, 22, dan datuknya, Md. Salleh Kosran, 75, serta neneknya, Miskina Naining, 70.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Md. Nor berkata, ketiga-tiga mereka dikatakan dalam perjalanan mengambil ubat di Simpang Renggam.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian Mers999 dan sebuah jentera FRT dari BBP Renggam ke tempat kejadian.

“Terdapat tiga mangsa tersepit di dalam kereta Perodua Alza dan anggota bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Fauzi berkata, ketiga-tiga mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pemandu lori yang berusia 52 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi terbabit ditamatkan pada pukul 11.25 pagi.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply