Zara Qairina

Ram Singh Ziarah Kubur Zara Qairina, Cari Jawapan Di Sebalik Pemergian Tragis

“Saya pergi sana sebab rasa seperti ada sesuatu yang kurang”


KOTA KINABALU – Peguam terkenal, Datuk Ram Singh. Mengakui hatinya terdorong untuk menziarahi pusara Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di Sipitang. Beliau dalam usaha mencari petunjuk berhubung misteri di sebalik pemergian pelajar berusia 13 tahun itu.

Ram berkata, kunjungan itu dilakukan selepas beliau meninjau lokasi kejadian dalam prosiding locus in quo di asrama sekolah arwah pada 11 September lalu. Lawatan yang menurutnya meninggalkan banyak persoalan besar tentang keadaan sebenar dihadapi Zara Qairina sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama pada 16 Julai.

“Saya pergi sana sebab rasa seperti ada sesuatu yang kurang. Sebelum saya tanya hal lain, saya minta izin di pusara untuk mencari kebenaran,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang pada Isnin.

Menurut Ram, beliau terlebih dahulu memohon izin kepada penjaga kubur serta bertanya kepada beberapa individu tempatan berkaitan hal itu.

Zara Zara Qairina

Tanda Tanya Netizen

Ram menjelaskan bahawa pemerhatian ketika locus in quo. Membuatkan beliau semakin tertanya-tanya tentang punca sebenar kejadian. Katanya, laporan Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu. Menyatakan kecederaan pada tubuh arwah sepadan dengan kejadian jatuh dari tempat tinggi.

“Semua orang elak menjawab sama ada ia bunuh diri atau tidak. Itu yang menjadi persoalan dalam kalangan netizen, selain kaitan dengan tulisan dalam diari arwah,” katanya.

Beliau menegaskan persoalan sama ada tulisan dalam diari tersebut benar-benar milik arwah masih menjadi tanda tanya walaupun pakar dokumen telah memberi keterangan di mahkamah.

Harapan Mencari Petunjuk

Ram yang mewakili salah seorang daripada lima remaja tertuduh dalam kes berkaitan, percaya terdapat unsur kecuaian yang menyebabkan kejadian berlaku, sama ada dari pihak sekolah atau pihak lain.

“Saya rasa mahu doa, dan dalam masa sama minta petunjuk kebenaran — mungkin ada sesuatu yang akan terbuka dari situ,” ujarnya.

Katanya lagi, sebagai pengamal undang-undang. Setiap kejadian pasti mempunyai sebab yang boleh dijelaskan secara guaman, berdasarkan amalan dan pengalaman.

Zara Qairina Zara Qairina Zara Qairina

Perjalanan Sarat Ujian

Ram turut berkongsi cabaran perjalanannya ke Sipitang, yang bermula seawal jam 7 pagi dari Kota Kinabalu dalam keadaan hujan lebat dan mendung.

Beliau terpaksa meredah banjir di Kampung Bukau, Beaufort. Sebelum cuaca kembali cerah sebaik tiba di Sipitang dan kawasan tanah perkuburan arwah.

Inkues Diteruskan

Setakat ini, prosiding inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu telah memanggil enam saksi termasuk Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr Jessie Hiu. Pakar tulisan tangan Jabatan Kimia, pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE. Anggota polis serta pengawal keselamatan asrama.

Inkues yang didengar di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan dijadual bersambung pada Rabu dengan kehadiran seorang doktor forensik. Ketua Warden asrama, selain kanak-kanak yang dijangka dipanggil sebagai saksi baharu.

Sumber Gambar : SH

Share.
Leave A Reply