Zara qairina

Ketua Warden Suruh Tutup Semua ‘Public Phone’ Asrama Sekolah Selama 48 Jam.

Bagaimanapun pada sesi soal jawab itu mahkamah tidak dimaklumkan apakah motif telefon awam itu ditutup. Dan adakah perkara itu amalan biasa ia ditutup pada hari Khamis dan Jumaat selepas Zara ditemukan tidak sedarkan diri.


 

KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Kota Kinabalu: Saksi keenam inkues kes kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu telefon awam asrama ditutup 48 jam selepas Allahyarham ditemukan tidak sedarkan diri.

Pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Kinarut. Linah Mansoding @ Jaliha, 64, memberitahu perkara itu ketika ditanya pihak berkepentingan yang juga peguam mewakili ibu Zara, Shahlan Jufri pada sesi soal jawab prosiding yang masuk hari kelima di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.

Shahlan: Dalam tempoh dua hari selepas 16 Julai 2025 adakah pelajar-pelajar sekolah boleh menghubungi ibu bapa mereka?

Linah: Macam ‘public phone’ (telefon awam) pun sana ada kena tutup selama dua hari dua malam.

Shahlan: Public phone di sana ditutup selama dua hari dua malam?

Linah: Sebab budak-budak banyak ‘call’ ibu bapa.

Shahlan: Sebelum itu puan ada berapa ‘public phone’ di sana?

Linah: Blok A ada tiga, blok B ada tiga

Shahlan: Macam mana public phone ditutup?

Linah: Matikan suiz.

Shahlan: Siapa tutup suiz?

Linah: Ketua warden suruh tutup.

TIDAK DINYATAKAN SEBAB

Bagaimanapun pada sesi soal jawab itu mahkamah tidak dimaklumkan apakah motif telefon awam itu ditutup. Dan adakah perkara itu amalan biasa ia ditutup pada hari Khamis dan Jumaat selepas Zara ditemukan tidak sedarkan diri.

Pada awal keterangan Linah memberitahu mahkamah beliau terus bergegas ke asrama Blok Rabiatul Adawiyah sekolah berkenaan. Dan melihat seorang pelajar perempuan yang dikenali dengan nama Zara terlentang di longkang asrama dalam keadaan tidak sedar diri.

Katanya, beliau bertugas dari jam 8 malam, 15 Julai hingga 8 pagi keesokan hari dan pada jam 2 pagi, rondaan di Blok Rabiatul Adawiyah mendapati keadaan terkawal.

Namun, sekitar jam 3 pagi, ketika membuat rondaan di Blok Sumayyah, seorang pelajar memaklumkan terdapat pelajar pengsan di longkang Blok Rabiatul Adawiyah.

Kelibat Linah tidak kelihatan di laluan awam memasuki Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah di sini dan difahamkan dia dibawa melalui laluan khas atas faktor keselamatan.

Sumber : HM

Share.
Leave A Reply