Pemain Bola Sepak Bakal Didakwa Polis Atas Cubaan Bunuh Pengadil | Seorang pemain bola sepak Brazil dilaporkan bakal ditangkap dan dijangka dituduh melakukan percubaan membunuh selepas dia ‘membelasah’ pengadil sehingga tidak sedarkan diri di sebuah stadium di Rio Grande do Sul, kata sumber-sumber pada Selasa.
Pemain tersebut dikenali sebagai William Ribeiro didakwa telah melakukan keganasan ke atas pengadil perlawanan iaitu dengan menumbuk dan menendang di belakang leher pengadil Rodrigo Crivellaro sehingga menyebabkannya jatuh dan tidak sedarkan diri dalam perlawanan yang diadakan pada malam Isnin lalu.
Serangan tersebut dikatakan berlaku semasa perlawanan antara kelab Sao Paulo-RS dan Guarani yang menjadi tuan rumah dan kejadian itu turut dirakamkan menerusi kamera televisyen, menerusi laporan Sinar Harian.
Kejadian tersebut bermula selepas Riberio ‘geram’ akan keputusan pengadil tersebut yang tidak memberikan kelab Sao Paulo sepakan percuma.
Ekoran serangan tersebut, pengadil perlawanan tersebut dikatakan tidak sedarkan diri serta diberikan bantuan perubatan di atas padang dan dihantar ke sebuah hospital.
Namun begitu, pengadil tersebut dikhabarkan telah dibenarkan keluar dari hospital pada pagi Selasa dalam keadaan kesihatannya yang baik.
Seorang pegawai polis, Vinicius Assuncao dipetik dari Sinar Harian berkata, Crivellaro mungkin didakwa dengan cubaan membunuh.
Ini adalah kerana pengadil tersebut dipukul dan ditendang tanpa sempat dia mempertahankan dirinya, kata Assuncao.
Menurut jurucakap kepada Kelab Sao Paulo, pihak mereka telah mengambil tindakan keatas Ribero iaitu dengan memecatnya dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
Pihak persekutuan bola sepak tempatan menyatakan ia akan menghukum pemain itu, manakala kesatuan pengadil tempatan meminta Ribeiro diharamkan daripada bermain bola sepak.
Sumber: Sinar Harian