Diikat Tali Pada Pinggang Anaknya. Gambar Ini Buat Ramai Orang TERHARU.

| February 25, 2020 | 0 Comments

Diikat Tali Pada Pinggang Anaknya. Gambar Ini Buat Ramai Orang TERHARU. | Beruntungnya kalau dapat anak-anak yang baik. Anak-anak tu kan cerminan ibu bapa. Selalunya kita tengok ibu bapa yang menjadi panduan untuk anak-anak.

Namun, kali ini di Filipina, seorang kanak-kanak ni rela membiarkan dirinya ditambat pada badan ibu dan bapanya supaya dapat menjadi mata kepada kedua-duanya yang mempunyai masalah penglihatan.

Kanak-kanak ini dan keluarganya telah tular setelah gambar mereka ni dikongsi hampir dua ratus kali di Facebook Cebu Daily News.

Gambar sekeluarga ini telah diambil oleh seorang pelaut yang sedang bercuti di bandar Cebu, John Cuenca Alterado yang secara kebetulan sedang memandu melalui kawasan itu.

Dekat ruangan komen di Facebook, ramai netizen Filipina yang kata mereka terharu dengan kesungguhan kanak-kanak itu untuk menunjukkan jalan pada ibu dan ayahnya. Korang pun kena contohilah adik ni dengan berbakti kat ibu bapa jugak.

Malah ada netizen yang menangis tengok kebaikan anak kecil tu terhadap ibu dan ayah dia. Yang lain pula kata inilah perbuatan yang menunjukkan cinta sejati.

Lagi menyentuh perasaan bila kanak-kanak tu masih boleh tersenyum dalam keadaan keluarga mereka yang susah. Comel je bila dia senyum!

Menurut Alterado lagi, dia dimaklumkan bahawa kanak-kanak tu dengan keluarga bukan penduduk asal bandar Cebu sebab ada yang mengatakan bahawa mereka tinggal di kawasan pergunungan.

Namun, identiti sekeluarga ni masih lagi tidak dapat dipastikan oleh mana-mana pihak.

Comel je adik tu tunjukkan jalan kat mak ayah dia. Admin doakan semoga mereka berada dalam keadaan baik walau kat mana pun mereka berada.

Sumber : Lobak Merah

Tags: , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *