Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa kawasan di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini.
METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran dikeluarkan pada jam 3.40 petang meramalkan negeri berkenaan membabitkan Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Amaran bagi negeri Kedah dikeluarkan bagi daerah Baling dan tiga kawasan di Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta. Manakala, di Kelantan membabitkan daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Di Terengganu, ia membabitkan daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Bagi negeri PahangĀ pula melibatkan kawasan Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Seterusnya, amaran sama dikeluarkan bagi Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, selain Negeri Sembilan.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sabah iaitu Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).
Di Johor membabitkan daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi manakala bagi Sarawak pula di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah, Bintulu (Sebauh) dan Limbang.
Pihak terbabit menasihatkan agar rakyat Malaysia dapat menjaga keselamatan diri dengan baik.
Sumber: Berita Harian