Ditanya Tentang Senarai Menteri Kabinet. Ini Jawapan PM.

| August 22, 2021 | 0 Comments

Ditanya Tentang Senarai Menteri Kabinet. Ini Jawapan PM. | YAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob akan mengumumkan barisan Kabinet kerajaan baharu pada minggu ini. Beliau berkata, pada masa ini, beliau masih belum menyiapkan senarai penuh barisan Kabinet tersebut.

Katanya, beliau akan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong selepas senarai Kabinet itu siap nanti.

“Tunggu pengumuman. Senarai belum ada,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan bencana di Titi Hayun di sini hari ini.

Sementara itu katanya, jawatan Timbalan Perdana Menteri juga belum diputuskan lagi.

Semalam Ismail Sabri menyeru semua pihak supaya bersepakat menyelamatkan ‘Keluarga Malaysia’.

Perdana Menteri dalam ucapan awam sulungnya berkata, beliau menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa itu sifatnya lebih inklusif.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Dari surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan.

“Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9,”

Sumber : UM

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *