PM Dah Dapat. Ini Permintaan Terkini Pemuda UMNO.

| August 22, 2021 | 0 Comments

PM Dah Dapat. Ini Permintaan Terkini Pemuda UMNO. | Semua masih lagi tertanya-tanya siapakah Menteri Kabinet yang bakal dilantik oleh Perdana Menteri nanti. Ketua Pemuda UMNO telah mencadangkan seseorang untuk dilantik sebagai Menteri Kewangan. Baca selanjutnya.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan timbalan presiden parti itu Mohamad Hasan dilantik sebagai menteri kewangan dalam kabinet Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, jawatan itu mesti disandang oleh individu “yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka”.

Ia, katanya, bagi membolehkan beberapa tuntutan seperti pelaksanaan, moratorium pinjaman bank, pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra selain tambahan nilai pakej-pakej bantuan rakyat.

“Saya mencadangkan agar dipertimbangkan cadangan untuk YAB perdana menteri melantik Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan sebagai menteri kewangan dalam kabinet baharu nanti.

“Setuju dengan pandangan ini?” tulis Asyraf di media sosialnya.

Mohamad tidak layak dilantik sebagai menteri memandangkan dia bukan anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, dia masih boleh dilantik sebagai senator bagi melayakkannya dilantik ke dalam kabinet.

Bagi merealisasikan #TuntutanRAKYAT berkaitan Moratorium, i-Citra, tambahan nilai pakej-pakej bantuan rakyat yang ketika ini amat susah, gelisah dan tertekan, memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih dari kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka. Saya mencadangkan agar dipertimbangkan cadangan untuk YAB Perdana Menteri melantik Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu nanti.
Setuju dengan pandangan ini?

Sumber : Malaysiakini

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *