Tenessee: 21 Maut, Puluhan Cedera Dalam Bencana Banjir Kilat Terburuk | Banjir melampau telah berlaku di Tennessee Tengah baru-baru ini sehingga telah mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang penduduk , menurut Sheriff Humphreys County Chris Davis menerusi media tempatan.

Tenessee: 21 Maut, Puluhan Cedera Dalam Bencana Banjir Kilat Terburuk

Tenessee: 21 Maut, Puluhan Cedera Dalam Bencana Banjir Kilat Terburuk

Katanya, usaha mencari dan pemulihan masih dijalankan di Waverly dan Humphreys County, di mana kira-kira puluhan telah disahkan hilang.

Walikota Waverly Wallace “Buddy” Frazier mengatakan usia mangsa maut akibat banjir tersebut adalah dalam lingkungan usia 7 bulan sehingga lah peringkat warga emas.

Daerah ini akan beroperasi sehingga bawah jam malam jam 8 malam, dan penguatkuasaan undang-undang dari daerah sekitarnya akan membantu dalam usaha jenayah seperti mencegah rampasan, menurut siaran akhbar Agensi Pengurusan Kecemasan Humphreys County.

Pegawai mengatakan ada beberapa kejadian rampasan yang dilaporkan, termasuk satu penangkapan yang dilakukan di pusat bandar Waverly pada hari Ahad petang selepas seseorang yang didakwa cuba mencuri rokok dari sebuah kedai serbaneka.

Menurut Ketua Keselamatan Awam Waverly Grant Gillespie, jalan Utama Timur ditutup kerana kemasukan lalu lintas serta mereka meminta penduduk agar tidak berada di kawasan kejiranan dan jalan raya sementara usaha menyelamat sedang dilakukan.

Pegawai Maklumat Awam EMA Humphreys County Gray Collier menganggarkan beratus-ratus rumah mungkin sudah tidak dapat dihuni kerana kerosakan total.

Berikutan itu, kira-kira 60 orang dilaporkan telah berlindung di tiga lokasi di Waverly: Waverly Church of Christ, First Baptist Church Waverly dan Compassion Church Waverly, menurut Collier.

Dua puluh kematian berada di Bandar Waverly dan satu di daerah terbabit, menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Humphreys County.

Senarai orang hilang boleh didapati di halaman Facebook Jabatan Keselamatan Awam Waverly.

Mereka yang kehilangan ahli keluarga diminta memberikan sebanyak mungkin maklumat, termasuk gambar yang ada, kata Davis sebelum pegawai mengeluarkan semua nama orang yang telah dilaporkan hilang oleh keluarha terdekat masing-masing.

Sumber: The Washington Post

Share.

Leave A Reply